Tarikh |
: 16 Ogos 2020 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 01.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Bengkel ini dihadiri oleh 10 orang peserta dari pelajar sekolah rendah. Tujuan bengkel ini adalah memberi tunjuk ajar kepada para peserta untuk membina poster secara atas talian di aplikasi www.canva.com bersempena dengan Pertandingan Poster Pusat Internet 2020.
Aktiviti
Petugas memberi taklimat kepada para peserta mengenai Pertandingan Poster Pusat Internet 2020 yang akan diadakan. Selain itu, petugas juga memberi demonstrasi kepada peserta tentang tatacara penggunaan laman web www.canva.com bagi menghasilkan sebuah poster yang menarik. Seterusnya, peserta mencipta poster yang bertemakan "Pusat Internet Pemangkin Komuniti Digital" iaitu perkhidmatan-perkhidmatan yang terdapat di Pusat Internet. Akhir sekali, peserta telah berjaya menghasilkan poster yang menarik dan kreatif.