Tarikh

: 14 Disember 2020

Masa

: 11.00 Pagi – 01.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang wanita. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara membuat semakan data ‘view’ pada halaman facebook.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada peserta mengenai teknik membuat semakan data ‘view’ pada halaman facebook peserta. Pertama, peserta mengelog masuk akaun pada laman web www.facebook.com.my. Kemudian, peserta mengklik pada bahagian ‘manage page. Seterusnya, peserta juga mengklik pada bahagian ‘page insights dan mengambil jumlah data ‘view’ tersebut pada bahagian ‘overview’. Setelah itu, peserta memasukkan maklumat data ‘view’ tersebut pada perisian Microsoft Excel.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 06 Disember 2020

Masa

: 11.00 Pagi – 01.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Jemapoh

Peserta

: 15 orang

 

Tujuan

Pertandingan ini telah dihadiri oleh pelajar sekolah rendah dan rendah. Tujuan pertandingan ini adalah untuk menguji tahap pengetahuan para peserta menerusi kuiz Klik Dengan Bijak secara atas talian.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada para peserta tentang cara-cara menjawab kuiz tersebut secara atas talian. Selain itu, petugas juga memaklumkan syarat-syarat penyertaan dan tarikh penutupan bagi pertandingan tersebut. Seterusnya, para peserta menjawab kuiz yang disediakan yang berjumlah dua puluh soalan. Para peserta juga menjawab kuiz tersebut menggunakan aplikasi www.wordwall.com.my. Akhirnya, peserta memaklumkan kepada petugas setelah selesai menjawab kuiz tersebut untuk diperiksa penilaian sebagai pemenang.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 21 November 2020

Masa

: 10.00 Pagi – 11.00 Pagi

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta wanita. Tujuan kelas adalah memberi demonstrasi kepada peserta mengenai teknik menggunakan perbankan secara atas talian dengan tatacara yang tepat.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang tatacara penggunaan perbankan secara atas talian. Pertama sekali, peserta membuat pendaftaran akaun terlebih dahulu dalam perbankan secara atas talian. Seterusnya, peserta menggunakan perbankan dalam talian bagi urusan pembayaran serta pemindahan wang ke dalam akaun yang lain.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 03 Disember 2020

Masa

: 03.00 Petang – 05.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Jemapoh

Peserta

: 15 orang

 

Tujuan

Program ini telah dihadiri oleh pelajar sekolah rendah. Tujuan program ini adalah petugas mengadakan pertandingan mewarna poster bagi peringkat sekolah rendah.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada para peserta tentang syarat-syarat penyertaan bagi pertandingan mewarna poster tersebut. Selain itu, petugas juga memaklumkan tarikh penutupan bagi pertandingan tersebut. Seterusnya, para peserta membawa poster mewarna pulang ke rumah masing-masing untuk diwarnakan. Akhirnya, peserta memulangkan kembali poster mewarna yang telah diwarnakan bagi penilaian pemenang oleh petugas.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 08 November 2020

Masa

: 11.00 Pagi – 01.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Jemapoh

Peserta

: 10 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tatacara permainan teka-teki silang kata (Word Puzzle) bagi subjek Bahasa Melayu.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada para peserta mengenai cara-cara menjawab soalan teka-teki silang kata seperti yang dipaparkan di hadapan para peserta. Seterusnya, peserta menjawab soalan teka-teki silang kata secara atas talian melalui laman web www.thewordsearch.com.my. Akhir sekali, petugas mengadakan sesi perbincangan jawapan setelah peserta selesai menjawab teka-teki silang kata tersebut.

Gambar Disini