Tarikh

: 15 Ogos 2020

Masa

: 02.00 Petang – 05.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Jemapoh

Peserta

: 4 orang

 

Tujuan

Bengkel ini dihadiri oleh empat orang usahawan wanita. Bengkel ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta cara-cara memasarkan produk di platform www.shopee.com.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan dan demonstrasi terhadap peserta cara-cara memasarkan produk di laman e-dagang Shopee secara atas talian. Selain itu, petugas juga memberi tayangan video melalui platform www.youtube.com tentang tatacara memulakan perniagaan di laman Shopee. Seterusnya, petugas menerangkan kepada peserta langkah-langkah bagi membuka akaun e-dagang Shopee sebagai penjual di laman tersebut. Akhirnya, peserta berjaya membuat akaun sebagai penjual di laman Shopee dengan memuatnaik maklumat dan gambar produk tersebut ke dalam platform Shopee.

Gambar Disini