Tarikh |
: 07 Mac 2020 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 01.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 10 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para peserta untuk mencipta poster Klik Dengan Bijak secara atas talian di laman web www.canva.com.
Aktiviti
Petugas memberi taklimat kepada peserta tentang tatacara membina poster menggunakan laman web canva.com. Selain itu, petugas juga memberi tunjuk ajar terhadap peserta langkah-langkah yang tepat membuat poster Klik Dengan Bijak yang membawa tajuk Buli Siber dengan menggunakan aplikasi tersebut. Seterusnya, peserta telah menghasilkan poster mengikut kreativiti dan idea masing-masing.
Tarikh |
: 02 Mac 2020 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 01.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh seorang belia. Tujuan kelas ini adalah untuk membantu peserta agar mahir dalam penggunaan perisian Microsoft Excel.
Aktiviti
Peserta diberi taklimat oleh petugas mengenai pengisian Microsoft Excel. Selain itu, peserta membuat latihan secara amali dalam penggunaan program Microsoft Excel berpandukan penerangan dan modul latihan yang diberi oleh petugas. Seterusnya, peserta juga diajar oleh petugas tatacara penggunaan pengisian Microsoft Excel secara mahir dan tepat.
Tarikh |
: 10 Februari 2020 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 01.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh seorang belia. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu peserta agar mahir dalam penggunaan program Microsoft Point.
Aktiviti
Peserta diberi taklimat oleh petugas mengenai pengisian Microsoft Point. Selain itu, peserta membuat latihan secara amali dalam penggunaan program Microsoft Point berpandukan penerangan dan modul latihan yang diberi oleh petugas. Seterusnya, peserta juga diajar oleh petugas tatacara penggunaan pengisian Microsoft Point secara mahir dan tepat.
Tarikh |
: 15 Februari 2020 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 01.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 10 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah memberi pendedahan kepada para peserta dalam menghasilkan laman blog sendiri secara atas talian.
Aktiviti
Peserta diberi taklimat oleh petugas mengenai pengisian laman blog yang menggunakan laman web secara atas talian iaitu www.simplesite.com. Selain itu, peserta mengelog masuk melalui emel masing-masing sebelum mengisi halaman blog tersebut . Seterusnya, peserta juga memberi maklumat tentang keperibadian diri kepada dua halaman di dalam laman blog tersebut yang terdiri kepada halaman utama dan halaman biodata mereka.
Tarikh |
: 04 Februari 2020 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 01.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh seorang belia. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar peserta menjawab soalan-soalan peperiksaan SPA secara atas talian.
Aktiviti
Peserta mengakses portal laman web SPA untuk menjawab soalan peperiksaan. Kemudian, peserta mengelog masuk portal tersebut dengan memasuki nombor ID pengguna serta katalaluan. Seterusnya, peserta menjawab kesemua soalan-soalan peperiksaan Psikometrik sebanyak 90 soalan seperti yang diminta dalam masa 1 jam setengah minit.