Tarikh

: 03 Mac 2021

Masa

: 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Komuniti Kampung Jemapoh

Pelawat

: 2 orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh dua orang peserta wanita. Tujuan kelas ini adalah membantu peserta tentang cara-cara membuat pendaftaran tahun satu bagi pengambilan tahun 2022 secara atas talian dengan cara yang tepat.

 

Aktiviti

Petugas menyampaikan sedikit penerangan kepada peserta tentang cara-cara membuat pendaftaran tahun satu bagi pengambilan tahun 2022. Petugas menyarankan peserta menggunakan enjin carian Google untuk akses ke laman web https://public.moe.gov.my. Seterusnya, petugas meminta peserta membaca dan memahami manual pengisian borang terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kesilapan. Kemudian, peserta mengemaskini maklumat dalam borang pendaftaran secara atas talian. Akhirnya, peserta menghantar borang yang telah lengkap dikemaskini secara atas talian serta memuat turun borang tersebut bagi tujuan pengesahan yang akan diserahkan pada pihak sekolah.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 19 Februari 2021

Masa

: 3.00 Petang – 4.30 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Komuniti Kampung Jemapoh

Pelawat

: Delegasi MCMC & Usahawan PIK Kg Jemapoh

 

Tujuan

Lawatan tersebut dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi MCMC Negeri Sembilan iaitu :-

1. Encik Nizam Arshad (Ketua Pembangunan MCMC Negeri Sembilan)

2. Tuan Haji Roslan Mohamad (Pengarah Kanan, Bahagian Transformasi dan Koordinasi Negeri & Pejabat Pengurusan Program)

3. Encik Khairilnaim Othman (Pengarah, Pejabat MCMC Negeri Sembilan)

4. Encik Farquar Haqqani Fadhullah Suhaimi (Wakil Aeon Co (M) Sdn. Bhd.)

Tujuan lawatan tersebut adalah bagi perbincangan strategik berkenaan produk-produk usahawan PIK Kampung Jemapoh yang boleh diketengahkan bagi pemasaran komersil.

 

Aktiviti

Petugas PIK Kampung Jemapoh menyambut ketibaan delegasi MCMC dan wakil dari Aeon Co (M) Sdn.Bhd. di hadapan pintu Balairaya Kg Jemapoh. Seterusnya, delegasi MCMC melihat produk usahawan dan pembetangan oleh usahawan kepada wakil Aeon Co (M) Sdn. Bhd. mengenai produk yang dihasilkan. Antara usahawan yang terlibat adalah :-

1. Raja Azizul Azni (Pes Char Kuey Teow Abg Raja)

2. Nur Syazwani Mohd Rozi (Pengedar Produk Sawanah Kuala Pilah)

3. Mohd Ismail Haron (Kraf Rotan Perabot Rotan Jaya)

4. Raudhah (Jemapoh Pizza Kayu Api)

Setelah itu, petugas PIK mengiringi delegasi ke Pusat Internet untuk melihat fasiliti dan kemudahan yang tersedia. Kemudian, petugas PIK memberi pembentangan kepada delegasi tentang fungsi serta peranan PIK dalam pembangunan usahawan PIK. Akhir sekali, sesi bergambar dan penyampaian cenderahati PIK kepada VIP serta aktiviti tanda buku pelawat oleh VIP juga diadakan sebelum majlis bersurai.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 08 Februari 2021

Masa

: 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Komuniti Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta lelaki yang bergelar usahawan. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara membuat permohonan pembaharuan perniagaan secara atas talian. Kelas ini juga turut memudahkan usahawan untuk membuat pendaftaran dengan bila-bila masa sebelum tamat tarikh pendaftaran tamat.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang tatacara permohonan pendaftaran pembaharuan perniagaan. Pertama, peserta diminta untuk mendaftar akaun sebagai pengguna dengan melayari portal https://ezbiz.ssm.com.my/. Seterusnya, peserta mengelog masuk akaun tersebut serta membuat permohonan pendaftaran perniagaan yang baharu. Selain itu, peserta juga membuat perbankan secara atas talian setelah mengisi maklumat perniagaan. Akhirnya, pendaftaran perniagaan yang baharu telah berjaya dibuat oleh peserta tersebut.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 15 Februari 2021

Masa

: 11.00 Pagi – 01.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Komuniti Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang usahawan wanita. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara membuat kemaskini maklumat pada akaun baru SPA9i.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada peserta mengenai tatacara membuat kemaskini maklumat pada akaun baru SPA9i. Pertama sekali, peserta mendaftar masuk akaun baru di www.spa9i.com.my. Setelah itu, peserta mengisi maklumat pada butiran peribadi dan akademik. Kemudian, peserta juga mengemaskini bagi permohonan jawatan yang baharu. Akhir sekali, peserta mengklik pada butang simpan setelah selesai mengemaskini maklumat baharu pada akaun tersebut.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 01 Februari 2021

Masa

: 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Komuniti Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta yang bergelar usahawan. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara cara menggunakan perisian Microsoft Office Word. Kelas ini juga turut membantu meningkatkan kemahiran menaip bagi golongan usahawan dalam mengikuti arus teknologi maklumat masa kini.

 

Aktiviti

Petugas menerangkan kepada peserta mengenai format menaip surat kiriman rasmi dengan format yang betul. Selain itu, peserta didedahkan dengan setiap fungsi yang terdapat dalam perisian Microsoft Office Word bagi membuat surat rasmi. Seterusnya, peserta juga diminta untuk membuat latihan yang disediakan oleh petugas supaya peserta dapat menaip dengan baik dan pantas serta dapat menggunakan papan kekunci dengan lebih mahir.

Gambar Disini