Tarikh

: 07 November 2020

Masa

: 11.00 Pagi – 01.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Jemapoh

Peserta

: 10 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai tatacara pengiraan operasi darab dalam subjek Matematik.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada para peserta mengenai tatacara membuat pengiraan operasi darab dalam subjek Matematik. Selain itu, petugas juga memberi tunjuk ajar tentang cara-cara membuat penyelesaian jawapan bagi soalan latihtubi yang telah diberikan. Seterusnya, peserta menjawab soalan latihtubi yang telah dipaparkan oleh petugas. Setelah itu, peserta juga membuat pengiraan operasi darab bagi subjek Matematik menerusi laman web www.upsronline.com.my. Akhir sekali, petugas mengadakan sesi perbincangan jawapan bagi soalan latihtubi yang telah dijawab oleh para peserta.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 02 November 2020

Masa

: 11.00 Pagi – 01.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang pelajar dari institusi pengajian tinggi. Tujuan kelas adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai tatacara memuat turun imej dan teknik membuat pembentangan di perisian Microsoft Powerpoint.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada para peserta mengenai tatacara memuat turun imej menerusi enjin carian www.google.com.my  secara atas talian. Selain itu, petugas juga memberi tunjuk ajar tentang cara-cara membuat pembentangan menggunakan perisian Microsoft Powerpoint. Seterusnya, peserta menyunting posisi gambar di perisian tersebut setelah memuat turun dari ejen carian Google. Setelah itu, peserta mengisi maklumat di ruangan slaid Microsoft Powerpoint sebagai pembentangan. Akhir sekali, peserta selesai memuat turun imej dari laman web Google dan berjaya menghasilkan suatu pembentangan yang menarik.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 12 Oktober 2020

Masa

: 10.00 Pagi – 11.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh seorang pelajar dari institusi pengajian tinggi. Tujuan kelas ini adalah petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta tatacara menyertai kelas secara atas talian yang telah ditetapkan menerusi aplikasi video Cisco Webex Meeting.

 

Aktiviti

Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta tatacara penggunaan aplikasi video tersebut. Seterusnya, peserta juga diminta untuk melayari laman web Google terlebih dahulu untuk mendaftar akaun di aplikasi Cisco Webex Meeting. Selepas itu, peserta mengisi maklumat diri pada akaun tersebut. Setelah itu, peserta mengelog masuk akaun bagi aplikasi video tersebut sebelum menyertai kelas secara atas talian. Akhirnya, peserta telah berjaya memasuki kelas secara atas talian yang disertai oleh pelajar dan tenaga pengajar mereka.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 17 Oktober 2020

Masa

: 10.00 Pagi – 11.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Jemapoh

Peserta

: 10 orang

 

Tujuan

Bengkel ini telah dihadiri oleh pelajar sekolah rendah. Tujuan bengkel ini dianjurkan adalah untuk memberi demonstrasi tentang teknik penggunaan kolaj gambar di aplikasi www.canva.com.

 

Aktiviti

Peugas memberi taklimat kepada para peserta mengenai teknik menyunting kolaj gambar menerusi aplikasi Canva secara atas talian. Selain itu, petugas juga memberi demonstrasi tatacara menyunting gambar-gambar menjadi kolaj. Seterusnya, peserta memuat turun gambar dari ejen carian Google sebelum menyunting gambar di aplikasi Canva. Setelah itu, peserta menyunting gambar-gambar tersebut menjadi sebuah kolaj dengan menggunakan teknik yang betul. Akhir sekali, peserta telah berjaya menyunting kolaj gambar tersebut dengan menarik menerusi aplikasi tersebut.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 07 Oktober 2020

Masa

: 03.00 Petang – 05.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh seorang usahawan wanita. Tujuan kelas ini adalah menghasilkan label bagi produk perniagaan peserta dengan menggunakan perisian Microsoft Publisher.

 

Aktiviti

Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta tatacara membuat label produk perniagaan dengan menggunakan perisian Microsoft Publisher. Selain itu, peserta juga diminta mencari gambar di enjin carian Google dahulu sebelum mencipta label. Seterusnya, peserta mengisi maklumat perniagaan seperti nama produk, nombor telefon dan maklumat sosial media pada label tersebut beserta dengan gambar yang telah dimuat turun dari enjin carian Google. Akhirnya, peserta berjaya menghasilkan label produk perniagaan yang menarik serta kreatif dengan bantuan tunjuk ajar dari petugas.

Gambar Disini