Tarikh |
: 20 November 2021 |
Masa |
: 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Komuniti Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh pelajar sekolah menegah. Tujuan kelas ini adalah memberi pendekatan kepada peserta untuk menguasai penggunaan Microsoft Word dan Google Images dengan cara yang betul.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang fungsi Microsoft Word. Selain itu, peserta juga diberi tunjuk ajar tentang cara-cara memuat turun gambar menerusi Google Images. Kemudian, peserta juga diajar cara-cara untuk memasukkan imej yang telah dimuat turun ke dalam Microsoft Word. Seterusnya, peserta turut diberi tunjuk ajar oleh petugas tentang tatacara penggunaan ikon seperti ClipArt dan Shapes . Selain daripada itu, peserta juga dapat membuat kerja kursus sekolah dengan menggunakan Microsoft Word.