Tarikh |
: 21 Disember 2021 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 2 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh dua orang peserta lelaki. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara menggunakan aplikasi whatsapp web pada komputer dengan tatacara yang betul.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang cara-cara menggunakan aplikasi whatsapp web menerusi komputer. Petugas menyarankan peserta menggunakan enjin carian Google untuk akses ke laman web https://whatsappweb.com. Seterusnya, petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta untuk membuka kotak “barcode” di aplikasi whatsapp menerusi telefon pintar. Kemudian, peserta diminta untuk mengimbas kotak “barcode” tersebut pada kod QR yang diberi. Akhir sekali, peserta berjaya mengakses aplikasi whatsapp web pada komputer. Aplikasi tersebut turut membantu peserta untuk berkomunikasi secara atas maya dengan lebih mudah dan jelas.