Tarikh

: 14 Disember 2021

Masa

: 4.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh seorang pelajar dari sekolah menengah. Tujuan kelas ini adalah petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara memuat turun gambar dari laman web Google dan tatacara penggunaan Microsoft Word.

 

Aktiviti

Pertama sekali, petugas memberi penerangan kepada peserta tentang cara-cara memuat turun gambar dari laman web Google. Peserta diminta untuk melayari laman carian Google kemudian memuat turun gambar yang berkenaan. Setelah itu, petugas juga memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang tatacara penggunaan Microsoft Word bagi menghasilkan muka hadapan folio bersubjek Sejarah. Justeru itu, peserta mengklik pada bahagian Insert kemudian klik pada ikon Picture bagi menambah gambar yang telah dimuat turun pada ruangan Microsoft Word. Selain itu, peserta juga menambah maklumat-maklumat yang berkaitan pada ruangan bawah gambar tersebut. Akhirnya, peserta telah berjaya menyiapkan muka hadapan folio serta meminta petugas untuk membuat cetakan.

Gambar Disini