Tarikh

: 03 Februari 2023

Masa

: 03.00 Petang – 04.00 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh usahawan tanaman padi. Tujuan kelas ini adalah peserta dapat mempelajari tatacara penggunaan Microsoft Word dengan betul untuk membuat kertas kerja bagi permohonan bantuan tanaman padi.

 

Aktiviti

Pertama sekali, petugas memberi penerangan kepada peserta tentang cara-cara menggunakan Microsoft Word dengan memperkenalkan ikon-ikon yang terdapat pada perisian tersebut. Setelah itu, peserta diajar untuk menaip maklumat-maklumat yang berkenaan pada templat Microsoft Word. Selain daripada itu, peserta juga diajar untuk memasukkan gambar-gambar yang berkenaan ke dalam kertas kerja tersebut, Akhir sekali, peserta berjaya menyiapkan kertas kerja yang telah dibuat dengan kemas. Peserta menyimpan kertas kerja tersebut sebagai dokumen dan untuk cetakan.

Gambar Disini