Tarikh |
: 20 Januari 2023 |
Masa |
: 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh beberapa peserta dari kalangan pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah peserta dapat menghasilkan poster ucapan tahun baru cina yang menarik dan kreatif secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Canva.
Aktiviti
Pertama sekali, petugas memberi penerangan kepada para peserta tentang tatacara mengakses ke laman web https://www.canva.com. Setelah itu, peserta memilih templat poster yang ingin digunakan. Selain daripada itu, peserta diajar oleh petugas cara-cara untuk menggunakan ikon-ikon yang telah disediakan pada aplikasi tersebut. Selain itu, peserta memilih gambar, elemen animasi teks tulisan yang menarik serta reka bentuk yang bersesuaian untuk digunakan dalam poster berkenaan. Justeru setelah peserta selesai merekacipta poster tersebut, peserta memuat turun poster ucapan itu untuk cetakan dan simpan sendiri.