USAHAWAN KECIL PERUSAHAAN MI KUNING

Nama

: Rozita Binti Ismail

Umur

: 49 tahun

Ahli

: 2016

 

Latar belakang

Puan Rozita usahawan kecil perusahaan mi kuning di Kampung Desa Jemapoh di daerah Kuala Pilah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Puan Rozita hanya membuat promosi mengenai produk mi kuning di akaun “Whatsapp” miliknya sahaja. Selain itu, beliau hanya mempromosikan produk mi kuning dari rumah ke rumah sahaja. Perniagaan Puan Rozita hanya tertumpu kepada ahli keluarga dan kenalan sahaja

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus NADI Kampung Jemapoh, beliau kini boleh mengiklankan produk mi kuning di dalam laman web terutamanya di Myshop. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi info mengenai produk mi kuning melalui iklan yang dimuat naik oleh Puan Rozita. Selain itu, Puan Rozita juga telah pandai menguruskan akaun perniagaan dengan baik setelah mengikuti kelas yang dijalankan di NADI.

 

USAHAWAN KECIL KUIH TRADISIONAL

Nama

: Rugayah Binti Ahmad

Umur

: 60 tahun

Ahli

: 2016

 

Latar belakang

Beliau merupakan usahawan kecil kuih tradisional di daerah Kuala Pilah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Perniagaan Puan Rugayah hanya tertumpu kepada ahli keluarga dan kenalan sahaja. Permintaan terhadap kuih tradisional terhad kepada mereka yang mengenali Puan Rugayah sahaja. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus NADI Kampung Jemapoh, beliau kini boleh mengiklankan kuih bakar, apam eno dan cucur jawa di dalam laman web terutamanya di myshop. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi info mengenai kuih bakar, apam eno dan cucur jawa melalui iklan yang dimuat naik oleh Puan Rugayah. Beliau juga sudah tahu mempromosikan kuih yang dibuatnya melalui aplikasi Whatsapp. Permintaan terhadap kuih tradisional juga telah meningkat. Hal ini adalah kerana promosi yang telah dilakukan oleh Puan Rugayah di media sosial. 

 

 

Nama  : Nor Erniza Bt Mohamed

Umur   : 22 Tahun

Ahli   : 2017

Bentuk Perniagaan  : Produk Makanan Kuih Bahulu Original

 

LATAR BELAKANG

 

Beliau menjalankan perniagaan membuat kuih bahulu original di mana proses membuat kuih bahulu dilakuan secara kaedah tradisional.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN NADI

 

Pn. Nor Erniza hanya membuat promosi melalui laman “Facebook”. Selain itu, beliau hanya menjalankan perniagaan dari rumah ke rumah sahaja dan mengwar- warkan melalui akaun “Whatsapp” sahaja.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN NADI

 

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus NADI Kampung Jemapoh, beliau kini boleh mengiklankan produk makanan kuih bahulu original di laman web terutamanya di myshop.  Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi info mengenai perkhidmatan yang diberi melalui iklan yang dimuat naik oleh Pn. Nor Erniza. Perniagaan Pn. Nor Erniza juga semakin berkembang dan ramai pelanggan mengetahui mengenai kuih bahulu original yang dibuatnya.

 

APA YANG DIPELAJARI MELALUI NADI

 

  • Mempelajari cara yang mudah dan pantas bagi mengiklankan produk makanan kuih bahulu original.
  • Mempelajari cara untuk memuat naik gambar dan membuat iklan di laman web myshop.
  • Mempelajari cara membuat flyers untuk diedarkan pada orang ramai.
  • Dapat mempelajari cara-cara yang betul bagi memasarkan produk dalam laman web atas talian.

 

BAGAIMANA NADI MEMBANTU PERKEMBANGAN PERNIAGAAN/ PENINGKATAN TAHAP KEMAHIRAN ICT

 

  • NADI membantu usahawan dalam menyediakan platform bagi pemasaran produk melalui pengenalan kepada laman web myshop.
  • NADI dapat membantu terutamanya untuk memuat naik gambar ke dalam laman web myshop.
  • Menyediakan kelas-kelas ICT secara percuma kepada ahli berdaftar dan meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai teknologi pada masa kini.
  • Butiran-butiran yang dimuat naik dalam laman web memberikan info yang sangat berguna kepada pelanggan dan membuatkan bilangan pelanggan bertambah untuk mendapatkan kuih bahulu original daripada Pn. Nor Erniza.

 

 

 

 

Nama    :  Muhammad Zulnasri bin Azrun

Umur     : 13 Tahun

Ahli       :  2016

 
 

 

Latar Belakang

Muhamad Zulnasri merupakan seorang pelajar tingkatan satu. Beliau tinggal di daerah Kuala Pilah. Beliau hanya mempunyai pengetahuan asas sahaja mengenai ICT seperti melayari laman “YouTube”. Beliau ingin menguasai kemahiran ICT yang terkini kerana beliau mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang ICT.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Muhamad Zulnasri hanya mempelajari ICT di sekolah. Beliau hanya tahu menggunakan komputer secara asas contohnya seperti menonton video di laman “YouTube”. Beliau juga  tidak tahu cara mengakses internet bagi mendapatkan maklumat pelajaran.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Kelas latihan ICT yang dijalankan di NADI banyak membantu beliau meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT. Beliau dapat memanfaatkan kemahiran ICT yang telah dipelajari dalam proses pembelajaran seharian contohnya mendapatkan maklumat pelajaran. Beliau telah mampu menggunakan Microsoft Word dengan baik bagi membuat tugasan yang diberi oleh guru yang berbentuk dokumen. Beliau juga mampu menggunakan komponen komputer dengan betul serta dapat memahami setiap fungsi komponen tersebut. Selain itu, beliau juga sudah pandai menggunakan komputer untuk tujuan menaip dan melayari laman web e-pembelajaran. Beliau juga telah pandai mengakses internet dengan betul seperti membuat akaun emel.

 

 

 

Nama  : Nor Aslinda Bt Mohamed

Umur   : 27 tahun

Ahli     : 2017

Bentuk Perniagaan  : Produk  Makanan Durian Crepe

 

LATAR BELAKANG

 

Beliau merupakan agen jual beli (dropship) bagi produk makanan durian crepe. Beliau telah mula menjadi agen jual beli (dropship) bagi produk makanan durian crepe pada tahun 2016.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PEDi

 

Pn. Nor Aslinda membuat promosi secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat. Selain itu, beliau hanya menjalankan perniagaan dari rumah ke rumah sahaja dan mengwar- warkan melalui akaun “Whatsapp” sahaja.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN NADI

 

Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus NADI Kampung Jemapoh, beliau kini boleh mengiklankan produk makanan durian crepe di dalam laman web terutamanya di “Facebook”.  Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi info mengenai produk yang ingin dijual melalui iklan yang dimuat naik oleh Pn. Nor Aslinda di dalam laman sosial “Facebook”. Perniagaan Pn. Nor Aslinda juga semakin berkembang dan ramai pelanggan mengetahui mengenai produk tersebut di “Facebook” hasil tunjuk ajar dan bimbingan khusus daripada pengurus dan penolong pengurus NADI Kampung Jemapoh. Pn. Nor Aslinda juga telah mengiklankan produk makanan durian crepe di laman web myshop.melalui tunjuk ajar dari petugas. Laman web myshop.merupakan salah satu aplikasi Dashboard Komuniti iaitu My Shop di mana PEDi menyediakan platform bagi usahawan setempat mempromosikan produk mereka.

 

APA YANG DIPELAJARI MELALUI NADI

 

  • Mempelajari cara yang mudah dan pantas bagi mengiklankan produk makana durian crepe melalui laman web atas talian iaitu “Facebook”.
  • Mempelajari cara untuk memuat naik gambar dan membuat iklan di laman sosial “Facebook”.
  • Mempelajari cara muat naik produk di myshop
  • Dapat mempelajari cara-cara yang betul bagi memasarkan produk dalam laman web atas talian.
  • Mempelajari  cara membuat flyers perniagaan secara atas talian.

 


BAGAIMANA NADI MEMBANTU PERKEMBANGAN PERNIAGAAN/ PENINGKATAN TAHAP KEMAHIRAN ICT

 

  • NADI membantu usahawan dalam menyediakan platform bagi pemasaran produk melalui pengenalan kepada laman sosial “Facebook”.
  • NADI membantu menyediakan platform bagi usahawan untuk mempromosikan produk jualan melalui laman web myshop.pi1m.my.
  • NADI dapat membantu terutamanya untuk memuat naik gambar ke dalam laman sosial “Facebook”.
  • Mngajar kelas-kelas ICT secara percuma kepada ahli berdaftar dan meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai teknologi pada masa kini.
  • Butiran-butiran yang dimuat naik dalam laman web memberikan info yang sangat berguna kepada pelanggan dan membuatkan bilangan pelanggan bertambah untuk membeli produk makanan durian crepe.