Nama : Nor Aslinda Bt Mohamed
Umur : 27 tahun
Ahli : 2017
Bentuk Perniagaan : Produk Makanan Durian Crepe
LATAR BELAKANG
Beliau merupakan agen jual beli (dropship) bagi produk makanan durian crepe. Beliau telah mula menjadi agen jual beli (dropship) bagi produk makanan durian crepe pada tahun 2016.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PEDi
Pn. Nor Aslinda membuat promosi secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat. Selain itu, beliau hanya menjalankan perniagaan dari rumah ke rumah sahaja dan mengwar- warkan melalui akaun “Whatsapp” sahaja.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN NADI
Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus NADI Kampung Jemapoh, beliau kini boleh mengiklankan produk makanan durian crepe di dalam laman web terutamanya di “Facebook”. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi info mengenai produk yang ingin dijual melalui iklan yang dimuat naik oleh Pn. Nor Aslinda di dalam laman sosial “Facebook”. Perniagaan Pn. Nor Aslinda juga semakin berkembang dan ramai pelanggan mengetahui mengenai produk tersebut di “Facebook” hasil tunjuk ajar dan bimbingan khusus daripada pengurus dan penolong pengurus NADI Kampung Jemapoh. Pn. Nor Aslinda juga telah mengiklankan produk makanan durian crepe di laman web myshop.melalui tunjuk ajar dari petugas. Laman web myshop.merupakan salah satu aplikasi Dashboard Komuniti iaitu My Shop di mana PEDi menyediakan platform bagi usahawan setempat mempromosikan produk mereka.
APA YANG DIPELAJARI MELALUI NADI
- Mempelajari cara yang mudah dan pantas bagi mengiklankan produk makana durian crepe melalui laman web atas talian iaitu “Facebook”.
- Mempelajari cara untuk memuat naik gambar dan membuat iklan di laman sosial “Facebook”.
- Mempelajari cara muat naik produk di myshop
- Dapat mempelajari cara-cara yang betul bagi memasarkan produk dalam laman web atas talian.
- Mempelajari cara membuat flyers perniagaan secara atas talian.
BAGAIMANA NADI MEMBANTU PERKEMBANGAN PERNIAGAAN/ PENINGKATAN TAHAP KEMAHIRAN ICT
- NADI membantu usahawan dalam menyediakan platform bagi pemasaran produk melalui pengenalan kepada laman sosial “Facebook”.
- NADI membantu menyediakan platform bagi usahawan untuk mempromosikan produk jualan melalui laman web myshop.pi1m.my.
- NADI dapat membantu terutamanya untuk memuat naik gambar ke dalam laman sosial “Facebook”.
- Mngajar kelas-kelas ICT secara percuma kepada ahli berdaftar dan meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai teknologi pada masa kini.
- Butiran-butiran yang dimuat naik dalam laman web memberikan info yang sangat berguna kepada pelanggan dan membuatkan bilangan pelanggan bertambah untuk membeli produk makanan durian crepe.