ASAS ICT, AKSES LAMAN WEB, CANVA DAN GMAIL

Nama

: Syamimi Binti Abd Latif

Umur

: 35 Tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Puan Syamimi merupakan seorang suri rumah. Beliau hanya mempunyai pengetahuan asas sahaja mengenai ICT tetapi beliau mempunyai minat yang mendalam terhadap ICT dan ingin menguasai kemahiran ICT yang terkini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Puan Syamimi hanya tahu menggunakan komputer secara asas seperti menggunakan microsoft word.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui kelas latihan ICT yang dijalankan di PEDi beliau dapat meningkatkan kemahiran ICT. Beliau juga menggunakan komponen komputer dengan betul serta dapat memahami setiap fungsi komponen tersebut. Selain itu, beliau juga sudah pandai mengaksesinternet dengan baik.Beliau juga sudah pandai menggunakan aplikasi canva bagi tujuan membuat suntingan imej dan poster. Beliau juga telah berjaya membuat akaun emel dan menguasai kemahiaran menaip dengan baik

ASAS ICT, AKSES LAMAN WEB DAN KELAS E-PEMBELAJARAN

Nama

: Nurhazrin Umairah Bt Abdullah

Umur

: 12 Tahun

Ahli

: 2021

 

Latar belakang

Hazrin merupakan seorang pelajar tahun enam. Beliau hanya mempunyai pengetahuan asas sahaja mengenai ICT tetapi beliau mempunyai minat yang mendalam terhadap ICT dan ingin menguasai kemahiran ICT yang terkini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Hazrin hanya mempelajari ICT di sekolah. Beliau hanya tahu menggunakan komputer secara asas contohnya seperti melihat video di laman youtube.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui kelas latihan ICT yang dijalankan di NADI beliau dapat meningkatakan kemahiran ICT. Beliau dapat mengakses laman web pembelajaran bagi mendapatkan soalan- soalan peperiksaan. Beliau juga menggunakan komponen komputer dengan betul serta dapat memahami setiap fungsi komponen tersebut. Selain itu, beliau juga sudah pandai menggunakan komputer untuk tujuan menaip, belajar mewarna dan melukis melalui aplikasi “Paint”. Beliau juga telah pandai mengakses internet dengan betul seperti membuat akaun emel. Beliau jugan mengikuti setiap kelas e-pembelajaran di NADI bagi meningkatkan prestasi akademiknya.

USAHAWAN PRODUK MAKANAN SEJUKBEKU (POPIA CARBONARA)

Nama

Norashereen Binti Mohamad Noor

Umur

: 27 tahun

Ahli

: 2016

 

Latar belakang

Beliau menjalankan perniagaan secara dalam talian dengan menjual makanan sejukbeku popia carbonara bermula Jun 2019.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Puan Norashereen membuat promosi secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat. Selain itu,beliau hanya menjalankan perniagaan dari rumah ke rumah sahaja dan mengwar- warkan melalui akaun Whatsapp sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus NADI Kampung Jemapoh, beliau kini boleh mengiklankan produk makanan sejukbeku popia carbonara di laman sosial terutamanya di Facebook. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi info mengenai produk yang ingin dijual melalui iklan yang dimuat naik oleh Puan Norashereen di laman sosial Facebook. Perniagaan Puan Norashereen juga semakin berkembang dan ramai pelanggan mengetahui mengenai produk tersebut di Facebook hasil tunjuk ajar dan bimbingan khusus daripada pengurus dan penolong pengurus NADI Kampung Jemapoh.


 

AKSES LAMAN WEB, MENAIP PANTAS DAN KELAS PEMBELAJARAN MENERUSI APLIKASI ZOOM

Nama

: Balqis Binti Efendi

Umur

: 11 tahun

Ahli

: 2020

 

Latar belakang

Balqis merupakan seorang pelajar tahun lima. Beliau hanya mempunyai pengetahuan asas sahaja mengenai ICT. Tetapi beliau mempunyai minat yang mendalam terhadap ICT dan ingin menguasai kemahiran ICT yang terkini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Balqis hanya mempelajari ICT di sekolah. Beliau hanya tahu menggunakan komputer secara asas contohnya seperti melihat video di laman youtube.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui kelas latihan ICT yang dijalankan di NADI beliau dapat meningkatakan kemahiran ICT. Beliau dapat mengakses laman web pembelajaran bagi mendapatkan soalan- soalan peperiksaan. Beliau juga menggunakan komponen komputer dengan betul serta dapat memahami setiap fungsi komponen tersebut. Selain itu, beliau juga sudah pandai menggunakan komputer untuk tujuan menaip, belajar mewarna dan melukis melalui aplikasi “Paint”. Beliau juga telah pandai mengakses internet dengan betul seperti membuat akaun emel. Beliau juga mengikuti setiap kelas e-pembelajaran di NADI bagi meningkatkan prestasi akademiknya.


 

USAHAWAN PRODUK KECANTIKAN (AGEN PRODUK BIRDNEST ESSENCE)

Nama

: Zuriani Binti Alias

Umur

: 36 tahun

Ahli

: 2016

 

Latar belakang

Beliau merupakan agen produk kecantikan Birdnest Essence. Beliau mula menjalankan perniagaan tersebut pada bulan Januari 2019.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Puan Zuriani membuat promosi secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat. Selain itu, beliau hanya menjalankan perniagaan dari rumah ke rumah sahaja dan mengwar- warkan melalui akaun “Whatsapp” sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus NADI Kampung Jemapoh, beliau kini boleh mengiklankan produk kecantikan birdnest essence di dalam laman sosial terutamanya di “Facebook”. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi info mengenai produk yang ingin dijual melalui iklan yang dimuat naik oleh Puan Zuriani di dalam laman sosial “Facebook”. Perniagaan Puan Zuriani juga semakin berkembang dan ramai pelanggan mengetahui mengenai produk tersebut di “Facebook” hasil tunjuk ajar dan bimbingan khusus daripada pengurus dan penolong pengurus NADI Kampung Jemapoh. Selepas membuat promosi secara dalam talian, permintaan terhadap produk birdnest essence juga bertambah. Puan Zuriani kini telah mampu menjual 10 unit produk sehari berbanding 3 unit produk sebelum ini.