CELIK IT
Nama: Mohamad Azlan Bin Sulaiman
Umur: 58 Tahun
Ahli : 2016
LATAR BELAKANG
Beliau tinggal di daerah Kuala Pilah. Beliau hanya mempunyai pengetahuan asas sahaja mengenai ICT seperti penggunaan Whatsapp dan mempunyai kemahiran asas menaip. Beliau ingin menguasai kemahiran ICT yang terkini kerana beliau meminati bidang ICT.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN NADI
Encik Mohamad Azlan hanya mempelajari ICT secara asas dan mendapatkan bantuan daripada anak-anak beliau berkaitan hal ICT. Pengetahuan penggunaan komputer juga agak terhad semasa beliau bekerja dan kini apabila sudah bersara , beliau ingin meningkatkan kemahiran ICT dengan mengikuti kelas ICT yang dijalankan di NADI Kampung Jemapoh.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN NADI
Kelas latihan ICT yang dijalankan di NADI banyak membantu beliau meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT. Beliau dapat memanfaatkan kemahiran ICT yang telah dipelajari dalam proses mendapatkan maklumat terkini berkaitan hal ehwal semasa. Beliau telah mampu menggunakan Microsoft Word dengan baik. Beliau juga dapat menggunakan internet dengan betul bagi membuat laporan KOSPEN yang memerlukan beliau untuk memasukkan data ke dalam laman sesawang yang ditetapkan. Beliau juga mampu menggunakan komponan- komputer dengan betul serta dapat memahami setiap fungsi komponen tersebut. Selain itu, beliau juga sudah pandai menggunakan komputer untuk tujuan menaip dengan pantas. Beliau juga telah pandai mengakses internet dengan betul seperti membuat akaun gmail.
APA YANG DIPELAJARI MELALUI PEDi
- Mempelajari cara mengunakan enjin carian “google” bagi mendapatkan maklumat terkini.
- Mempelajari cara menggunakan komputer dengan betul.
- Mempelajari cara untuk menaip menggunakan papan kekunci dengan betul.
- Mempelajari asas Microsoft Word dan Microsoft PowerPoint.
- Mempelajari asas pembangunan emel.
- Mengikuti kelas pengenalan Gmail dan Whatsapp Messenger.
- Mengikuti kelas perbankan secara atas talian seperti Mybank2u.
- Mempelajari cara untuk membuat pembayaran bil dengan mudah dan selamat serta pemindahan (transaksi) wang ke bank yang berlainan secara atas talian.
BAGAIMANA PEDi MEMBANTU PERKEMBANGAN PERNIAGAAN/ PENINGKATAN TAHAP KEMAHIRAN ICT
- NADI membantu memberikan latihan mengenai asas ICT seperti pengenalan kepada komponen komputer.
- NADI membantu beliau mengakses laman web dengan betul.
- NADI juga menyediakan bahan untuk beliau belajar menaip dengan betul.
- NADI juga menjalankan kelas pembangunan akaun emel .