Nama    :  Muhammad Zulnasri bin Azrun

Umur     : 13 Tahun

Ahli       :  2016

 
 

 

Latar Belakang

Muhamad Zulnasri merupakan seorang pelajar tingkatan satu. Beliau tinggal di daerah Kuala Pilah. Beliau hanya mempunyai pengetahuan asas sahaja mengenai ICT seperti melayari laman “YouTube”. Beliau ingin menguasai kemahiran ICT yang terkini kerana beliau mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang ICT.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Muhamad Zulnasri hanya mempelajari ICT di sekolah. Beliau hanya tahu menggunakan komputer secara asas contohnya seperti menonton video di laman “YouTube”. Beliau juga  tidak tahu cara mengakses internet bagi mendapatkan maklumat pelajaran.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Kelas latihan ICT yang dijalankan di NADI banyak membantu beliau meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT. Beliau dapat memanfaatkan kemahiran ICT yang telah dipelajari dalam proses pembelajaran seharian contohnya mendapatkan maklumat pelajaran. Beliau telah mampu menggunakan Microsoft Word dengan baik bagi membuat tugasan yang diberi oleh guru yang berbentuk dokumen. Beliau juga mampu menggunakan komponen komputer dengan betul serta dapat memahami setiap fungsi komponen tersebut. Selain itu, beliau juga sudah pandai menggunakan komputer untuk tujuan menaip dan melayari laman web e-pembelajaran. Beliau juga telah pandai mengakses internet dengan betul seperti membuat akaun emel.