USAHAWAN GUBAHAN SENI TANGAN KREATIF (GUBAHAN COKLAT, BUNGA DAN HANTARAN)
Nama |
: Nur Sofiah Anis Bt Abd Rahman |
Umur |
: 21 tahun |
Ahli |
: 2018 |
Latar belakang
Beliau menjalankan perniagaan membuat gubahan seni tangan kreatif sejak Disember 2018.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Cik Sofiah membuat promosi secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat, saudara mara dan rakan-rakan. Selain itu, beliau menjalankan perniagaan dengan pergi ke sekolah-sekolah serta pejabat di sekitar kawasan rumahnya untuk mendapatkan tempahan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus NADI Kampung Jemapoh, beliau kini boleh mengiklankan gubahan seni tangan kreatif (gubahan bunga,coklat,set hantaran) di dalam laman web “My Shop”. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi info mengenai produk yang ingin dijual melalui iklan yang dimuat naik oleh Cik Sofiah di dalam “My Shop”. Selain itu, beliau juga giat membuat promosi di “Facebook” untuk mendpatkan pelanggan yang lebih ramai. Selepas membuat promosi secara dalam talian, tempahan gubahan semakin meningkat naik serta beliau makin dikenali ramai. Hasil yang diperoleh oleh Cik Sofiah dalam sebulan meningkat dari RM200-RM 400 sebulan. Tempahan akan makin meningkat apabila terdapat hari-hari istimewa dalam bulan tersebut dan hasilnya berjumlah RM600.
USAHAWAN KECIL AYAM SEJUK BEKU
Nama |
: Mohamad Azlan Bin Sulaiman |
Umur |
: 59 tahun |
Ahli |
: 2016 |
Latar belakang
Beliau merupakan agen jual beli (dropship) bagi produk sejuk beku ayam halal. Beliau telah mula menjadi agen jual beli (dropship) bagi produk sejuk beku pada tahun 2015.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Encik Mohamad Azlan membuat promosi secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat. Selain itu, beliau hanya menjalankan perniagaan dari rumah ke rumah sahaja dan mengwar- warkan melalui akaun “Whatsapp” sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus NADI Kampung Jemapoh, beliau kini boleh mengiklankan produk sejul beku ayam halal di dalam laman web terutamanya di myshop. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi info mengenai produk yang ingin dijual melalui iklan yang dimuat naik oleh Encik Mohamad Azlan. Perniagaan Encik Mohamad Azlan juga semakin berkembang dan ramai pelanggan mengetahui mengenai produk tersebut hasil tunjuk ajar dan bimbingan khusus daripada pengurus dan penolong pengurus NADI Kampung Jemapoh. Laman web myshop merupakan salah satu aplikasi Dashboard Komuniti iaitu My Shop di mana NADI menyediakan platform bagi usahawan setempat mempromosikan produk mereka.
USAHAWAN KECIL SAGU GULA MELAKA
Nama |
: ZURIANI BINTI ALIAS |
Umur |
: 34 tahun |
Ahli |
: 2016 |
Latar belakang
Puan Zuriani usahawan kecil sagu gula melaka di Taman Jemapoh Indah di daerah Kuala Pilah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Puan Zuriani membuat promosi secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk tempatan. Beliau hanya menjalankan perniagaan dari rumah ke rumah dan mempromosikan melalui aplikasi “Whatsapp”.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus NADI Kampung Jemapoh, beliau kini boleh mengiklankan produk sagu gula Melaka di dalam laman sosial terutamanya di “Facebook”. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi info mengenai produk sagu gula melaka melalui iklan yang dimuat naik secara dalam talian oleh Puan Zuriani. Selepas membuat promosi secara dalam talian, permintaan produk meningkat dari 30 unit ke 50 unit sehari.
MENCARI MAKLUMAT, MENAIP PANTAS DAN MEMBUKA AKAUN GMAIL
Nama |
: Siti Rahmah Binti Othman |
Umur |
: 67 tahun |
Ahli |
: 2016 |
Latar belakang
Beliau tinggal di daerah Kuala Pilah. Beliau hanya mempunyai pengetahuan asas sahaja mengenai ICT seperti penggunaan Whatsapp dan mempunyai kemahiran asas menaip.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Puan Siti Rahmah hanya mempelajari ICT secara asas dan mendapatkan bantuan daripada anak-anak beliau berkaitan hal ICT. Pengetahuan penggunaan komputer juga agak terhad semasa beliau bekerja dan kini apabila sudah bersara , beliau ingin meningkatkan kemahiran ICT dengan mengikuti kelas ICT yang dijalankan di NADI Kampung Jemapoh.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Kelas latihan ICT yang dijalankan di NADI banyak membantu beliau meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT. Beliau dapat memanfaatkan kemahiran ICT yang telah dipelajari dalam proses mendapatkan maklumat terkini berkaitan hal ehwal semasa. Beliau telah mampu menggunakan Microsoft Word dengan baik. Beliau juga dapat menggunakan internet dengan baik. Beliau juga mampu menggunakan komponan komputer dengan betul serta dapat memahami setiap fungsi komponen tersebut. Selain itu, beliau juga sudah pandai menggunakan komputer untuk tujuan menaip dengan pantas. Beliau juga telah pandai mengakses internet dengan betul seperti membuat akaun gmail dan membaca akhbar secara dalam talian
BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MICROSOFT OFFICE
Nama |
: Norevanastasha Binti Johari |
Umur |
: 24 tahun |
Ahli |
: 2018 |
Latar belakang
Beliau hanya mempunyai pengetahuan asas sahaja mengenai ICT seperti penggunaan Whatsapp dan mempunyai kemahiran asas menaip. Beliau ingin menguasai kemahiran ICT yang terkini kerana beliau meminati bidang ICT.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Cik Norevanatasha hanya mempunyai pengetahuan yang asas mengenai bidang ICT. Pengetahuan penggunaan komputer juga agak terhad. Beliau juga ingin meningkatkan kemahiran menaip bagi memudahakan permohonan kerja kelak. Beliau ingin meningkatkan kemahiran ICT dengan mengikuti kelas ICT yang dijalankan di NADI Kampung Jemapoh.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Kelas latihan ICT yang dijalankan di NADI banyak membantu beliau meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT. Beliau dapat memanfaatkan kemahiran ICT yang telah dipelajari dalam proses mendapatkan maklumat terkini berkaitan hal ehwal semasa. Beliau telah mampu menggunakan perisian Microsoft Office dengan baik. Beliau juga dapat menggunakan internet dengan betul bagi mengakses maklumat di laman web. Beliau juga mampu menggunakan komponen komputer dengan betul serta dapat memahami setiap fungsi komponen tersebut. Selain itu, beliau juga sudah pandai menggunakan komputer untuk tujuan menaip dengan pantas. Beliau juga telah pandai mengakses internet dengan betul seperti membuat akaun gmail.