Nama  : Nor Erniza Bt Mohamed

Umur   : 22 Tahun

Ahli   : 2017

Bentuk Perniagaan  : Produk Makanan Kuih Bahulu Original

 

LATAR BELAKANG

 

Beliau menjalankan perniagaan membuat kuih bahulu original di mana proses membuat kuih bahulu dilakuan secara kaedah tradisional.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN NADI

 

Pn. Nor Erniza hanya membuat promosi melalui laman “Facebook”. Selain itu, beliau hanya menjalankan perniagaan dari rumah ke rumah sahaja dan mengwar- warkan melalui akaun “Whatsapp” sahaja.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN NADI

 

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus NADI Kampung Jemapoh, beliau kini boleh mengiklankan produk makanan kuih bahulu original di laman web terutamanya di myshop.  Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi info mengenai perkhidmatan yang diberi melalui iklan yang dimuat naik oleh Pn. Nor Erniza. Perniagaan Pn. Nor Erniza juga semakin berkembang dan ramai pelanggan mengetahui mengenai kuih bahulu original yang dibuatnya.

 

APA YANG DIPELAJARI MELALUI NADI

 

  • Mempelajari cara yang mudah dan pantas bagi mengiklankan produk makanan kuih bahulu original.
  • Mempelajari cara untuk memuat naik gambar dan membuat iklan di laman web myshop.
  • Mempelajari cara membuat flyers untuk diedarkan pada orang ramai.
  • Dapat mempelajari cara-cara yang betul bagi memasarkan produk dalam laman web atas talian.

 

BAGAIMANA NADI MEMBANTU PERKEMBANGAN PERNIAGAAN/ PENINGKATAN TAHAP KEMAHIRAN ICT

 

  • NADI membantu usahawan dalam menyediakan platform bagi pemasaran produk melalui pengenalan kepada laman web myshop.
  • NADI dapat membantu terutamanya untuk memuat naik gambar ke dalam laman web myshop.
  • Menyediakan kelas-kelas ICT secara percuma kepada ahli berdaftar dan meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai teknologi pada masa kini.
  • Butiran-butiran yang dimuat naik dalam laman web memberikan info yang sangat berguna kepada pelanggan dan membuatkan bilangan pelanggan bertambah untuk mendapatkan kuih bahulu original daripada Pn. Nor Erniza.