USAHAWAN KECIL KUIH TRADISIONAL
Nama |
: Rugayah Binti Ahmad |
Umur |
: 60 tahun |
Ahli |
: 2016 |
Latar belakang
Beliau merupakan usahawan kecil kuih tradisional di daerah Kuala Pilah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Perniagaan Puan Rugayah hanya tertumpu kepada ahli keluarga dan kenalan sahaja. Permintaan terhadap kuih tradisional terhad kepada mereka yang mengenali Puan Rugayah sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus NADI Kampung Jemapoh, beliau kini boleh mengiklankan kuih bakar, apam eno dan cucur jawa di dalam laman web terutamanya di myshop. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi info mengenai kuih bakar, apam eno dan cucur jawa melalui iklan yang dimuat naik oleh Puan Rugayah. Beliau juga sudah tahu mempromosikan kuih yang dibuatnya melalui aplikasi Whatsapp. Permintaan terhadap kuih tradisional juga telah meningkat. Hal ini adalah kerana promosi yang telah dilakukan oleh Puan Rugayah di media sosial.