CELIK IT
Nama: Nur Aina Kamilia Bt Ahmad Khairul
Umur: 10 Tahun
Ahli : 2016
LATAR BELAKANG
Nur Aina Kamilia merupakan seorang pelajar tahun empat. Beliau hanya mempunyai pengetahuan asas sahaja mengenai ICT. Beliau ingin menguasai kemahiran ICT yang terkini kerana beliau mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang ICT.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN NADI
Nur Aina Kamilia hanya mempelajari ICT di sekolah. Beliau hanya tahu menggunakan komputer secara asas contohnya seperti menonton video di laman “Youtube”.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN NADI
Kelas latihan ICT yang dijalankan di NADI banyak membantu beliau meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT. Beliau dapat memanfaatkan kemahiran ICT yang telah dipelajari dalam proses pembelajaran seharian contohnya mendapatkan maklumat pelajaran. Beliau telah mampu menggunakan Microsoft Word dengan baik bagi membuat tugasan yang diberi oleh guru yang berbentuk dokumen. Beliau juga mampu menggunakan komponan komputer dengan betul serta dapat memahami setiap fungsi komponen tersebut. Selain itu, beliau juga sudah pandai menggunakan komputer untuk tujuan menaip, belajar mewarna dan melukis melalui aplikasi “Paint”. Beliau juga telah pandai mengakses internet dengan betul seperti membuat akaun emel.
APA YANG DIPELAJARI MELALUI NADI
- Mempelajari cara mengunakan enjin carian “google” bagi mendapatkan maklumat pelajaran.
- Mempelajari cara menggunakan komputer dengan betul.
- Mempelajari cara untuk menaip menggunakan papan kekunci dengan betul.
- Mempelajari asas Microsoft Word.
- Mempelajari aplikasi Paint bagi tujuan mewarna dan melukis.
- Mempelajari asas pembangunan emel.
- Mengikuti kelas Microsoft Publisher.
- Mengikuti kelas E-Pembelajaran seperti “Puzzle online”, “Word Search online”, Kahoot IT dan Quizziz.
- Mengikuti kelas “Google Images” bagi memuat turun gambar dan memuat naik gambar ke dalam dokumen.
- Mempelajari tutorial membuat kolaj di laman “Youtube”.
- Melukis poster secara atas talian.
BAGAIMANA PEDi MEMBANTU PERKEMBANGAN PERNIAGAAN/ PENINGKATAN TAHAP KEMAHIRAN ICT
- NADI membantu memberikan latihan mengenai asas ICT seperti pengenalan kepada komponen komputer.
- NADI membantu beliau mengakses laman web pembelajaran dengan betul bagi mendapatkan bahan untuk pelajaran.
- NADI menyediakan bahan untuk beliau belajar menaip dengan betul.
- NADI mengajar pembangunan akaun emel.
- NADI membantu beliau mengusai asas Microsoft Word bagi penghasilan dokumen.
- NADI membantu beliau menggunakan laman “YouTube” dengan baik bagi mendapatkan panduan dan tutorial.
- NADI juga membantu beliau mempelajari Microsoft Publisher dengan betul.
- NADI juga mengajar beliau E-Pembelajaran seperti Kahoot IT, “Word Search Online”, “Jigsaw Puzzle Online” dan “Quizziz”.