USAHAWAN :-
Nama : Jumaslina Binti Johari
Umur : 40 tahun
Ahli : 2016
Bentuk Perniagaan : Pengusaha Dodol Gula Anau Ori
LATAR BELAKANG
Beliau merupakan pengusaha dodol gula anau ori.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN NADI
Pn. Jumaslina membuat promosi secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat. Selain itu, beliau hanya menjalankan perniagaan dari rumah ke rumah sahaja dan mengwar- warkan melalui akaun “Whatsapp” sahaja.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN NADI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus NADI Kampung Jemapoh, beliau kini boleh mengiklankan produk makanan dodol di dalam laman web terutamanya di myshop. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi info mengenai dodol yang dijual. Perniagaan Pn. Jumaslina juga semakin berkembang dan ramai pelanggan mengetahui mengenai dodol yang dijual oleh beliau.
APA YANG DIPELAJARI MELALUI NADI
- Mempelajari cara yang mudah dan pantas bagi mengiklankan dodol untuk meningkatkan hasil jualan.
- Mempelajari cara untuk memuat naik gambar dan membuat iklan di laman web myshop
- Dapat mempelajari cara-cara yang betul bagi memasarkan produk dalam laman web atas talian.
BAGAIMANA PEDi MEMBANTU PERKEMBANGAN PERNIAGAAN/ PENINGKATAN TAHAP KEMAHIRAN ICT
- NADI membantu usahawan dalam menyediakan platform bagi pemasaran produk melalui pengenalan kepada laman web myshop
- NADI dapat membantu terutamanya untuk memuat naik gambar ke dalam laman web myshop
- Memberi kelas tambahan atau kelas-kelas ICT secara percuma kepada ahli berdaftar dan meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai teknologi pada masa kini.
- Butiran-butiran yang dimuat naik dalam laman web memberikan info yang sangat berguna kepada pelanggan dan membuatkan bilangan pelanggan bertambah untuk mendapatkan produk makanan dodol.