CELIK IT
Nama: Mohamad Azlan Bin Sulaiman
Umur: 58 Tahun
Ahli : 2016
LATAR BELAKANG
Beliau tinggal di daerah Kuala Pilah. Beliau hanya mempunyai pengetahuan asas sahaja mengenai ICT seperti penggunaan Whatsapp dan mempunyai kemahiran asas menaip. Beliau ingin menguasai kemahiran ICT yang terkini kerana beliau meminati bidang ICT.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN NADI
Encik Mohamad Azlan hanya mempelajari ICT secara asas dan mendapatkan bantuan daripada anak-anak beliau berkaitan hal ICT. Pengetahuan penggunaan komputer juga agak terhad semasa beliau bekerja dan kini apabila sudah bersara , beliau ingin meningkatkan kemahiran ICT dengan mengikuti kelas ICT yang dijalankan di NADI Kampung Jemapoh.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN NADI
Kelas latihan ICT yang dijalankan di NADI banyak membantu beliau meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT. Beliau dapat memanfaatkan kemahiran ICT yang telah dipelajari dalam proses mendapatkan maklumat terkini berkaitan hal ehwal semasa. Beliau telah mampu menggunakan Microsoft Word dengan baik. Beliau juga dapat menggunakan internet dengan betul bagi membuat laporan KOSPEN yang memerlukan beliau untuk memasukkan data ke dalam laman sesawang yang ditetapkan. Beliau juga mampu menggunakan komponan- komputer dengan betul serta dapat memahami setiap fungsi komponen tersebut. Selain itu, beliau juga sudah pandai menggunakan komputer untuk tujuan menaip dengan pantas. Beliau juga telah pandai mengakses internet dengan betul seperti membuat akaun gmail.
APA YANG DIPELAJARI MELALUI PEDi
- Mempelajari cara mengunakan enjin carian “google” bagi mendapatkan maklumat terkini.
- Mempelajari cara menggunakan komputer dengan betul.
- Mempelajari cara untuk menaip menggunakan papan kekunci dengan betul.
- Mempelajari asas Microsoft Word dan Microsoft PowerPoint.
- Mempelajari asas pembangunan emel.
- Mengikuti kelas pengenalan Gmail dan Whatsapp Messenger.
- Mengikuti kelas perbankan secara atas talian seperti Mybank2u.
- Mempelajari cara untuk membuat pembayaran bil dengan mudah dan selamat serta pemindahan (transaksi) wang ke bank yang berlainan secara atas talian.
BAGAIMANA PEDi MEMBANTU PERKEMBANGAN PERNIAGAAN/ PENINGKATAN TAHAP KEMAHIRAN ICT
- NADI membantu memberikan latihan mengenai asas ICT seperti pengenalan kepada komponen komputer.
- NADI membantu beliau mengakses laman web dengan betul.
- NADI juga menyediakan bahan untuk beliau belajar menaip dengan betul.
- NADI juga menjalankan kelas pembangunan akaun emel .
USAHAWAN :-
Nama : Jumaslina Binti Johari
Umur : 40 tahun
Ahli : 2016
Bentuk Perniagaan : Pengusaha Dodol Gula Anau Ori
LATAR BELAKANG
Beliau merupakan pengusaha dodol gula anau ori.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN NADI
Pn. Jumaslina membuat promosi secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat. Selain itu, beliau hanya menjalankan perniagaan dari rumah ke rumah sahaja dan mengwar- warkan melalui akaun “Whatsapp” sahaja.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN NADI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus NADI Kampung Jemapoh, beliau kini boleh mengiklankan produk makanan dodol di dalam laman web terutamanya di myshop. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi info mengenai dodol yang dijual. Perniagaan Pn. Jumaslina juga semakin berkembang dan ramai pelanggan mengetahui mengenai dodol yang dijual oleh beliau.
APA YANG DIPELAJARI MELALUI NADI
- Mempelajari cara yang mudah dan pantas bagi mengiklankan dodol untuk meningkatkan hasil jualan.
- Mempelajari cara untuk memuat naik gambar dan membuat iklan di laman web myshop
- Dapat mempelajari cara-cara yang betul bagi memasarkan produk dalam laman web atas talian.
BAGAIMANA PEDi MEMBANTU PERKEMBANGAN PERNIAGAAN/ PENINGKATAN TAHAP KEMAHIRAN ICT
- NADI membantu usahawan dalam menyediakan platform bagi pemasaran produk melalui pengenalan kepada laman web myshop
- NADI dapat membantu terutamanya untuk memuat naik gambar ke dalam laman web myshop
- Memberi kelas tambahan atau kelas-kelas ICT secara percuma kepada ahli berdaftar dan meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai teknologi pada masa kini.
- Butiran-butiran yang dimuat naik dalam laman web memberikan info yang sangat berguna kepada pelanggan dan membuatkan bilangan pelanggan bertambah untuk mendapatkan produk makanan dodol.
CELIK IT
Nama: Nur Aina Kamilia Bt Ahmad Khairul
Umur: 10 Tahun
Ahli : 2016
LATAR BELAKANG
Nur Aina Kamilia merupakan seorang pelajar tahun empat. Beliau hanya mempunyai pengetahuan asas sahaja mengenai ICT. Beliau ingin menguasai kemahiran ICT yang terkini kerana beliau mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang ICT.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN NADI
Nur Aina Kamilia hanya mempelajari ICT di sekolah. Beliau hanya tahu menggunakan komputer secara asas contohnya seperti menonton video di laman “Youtube”.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN NADI
Kelas latihan ICT yang dijalankan di NADI banyak membantu beliau meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT. Beliau dapat memanfaatkan kemahiran ICT yang telah dipelajari dalam proses pembelajaran seharian contohnya mendapatkan maklumat pelajaran. Beliau telah mampu menggunakan Microsoft Word dengan baik bagi membuat tugasan yang diberi oleh guru yang berbentuk dokumen. Beliau juga mampu menggunakan komponan komputer dengan betul serta dapat memahami setiap fungsi komponen tersebut. Selain itu, beliau juga sudah pandai menggunakan komputer untuk tujuan menaip, belajar mewarna dan melukis melalui aplikasi “Paint”. Beliau juga telah pandai mengakses internet dengan betul seperti membuat akaun emel.
APA YANG DIPELAJARI MELALUI NADI
- Mempelajari cara mengunakan enjin carian “google” bagi mendapatkan maklumat pelajaran.
- Mempelajari cara menggunakan komputer dengan betul.
- Mempelajari cara untuk menaip menggunakan papan kekunci dengan betul.
- Mempelajari asas Microsoft Word.
- Mempelajari aplikasi Paint bagi tujuan mewarna dan melukis.
- Mempelajari asas pembangunan emel.
- Mengikuti kelas Microsoft Publisher.
- Mengikuti kelas E-Pembelajaran seperti “Puzzle online”, “Word Search online”, Kahoot IT dan Quizziz.
- Mengikuti kelas “Google Images” bagi memuat turun gambar dan memuat naik gambar ke dalam dokumen.
- Mempelajari tutorial membuat kolaj di laman “Youtube”.
- Melukis poster secara atas talian.
BAGAIMANA PEDi MEMBANTU PERKEMBANGAN PERNIAGAAN/ PENINGKATAN TAHAP KEMAHIRAN ICT
- NADI membantu memberikan latihan mengenai asas ICT seperti pengenalan kepada komponen komputer.
- NADI membantu beliau mengakses laman web pembelajaran dengan betul bagi mendapatkan bahan untuk pelajaran.
- NADI menyediakan bahan untuk beliau belajar menaip dengan betul.
- NADI mengajar pembangunan akaun emel.
- NADI membantu beliau mengusai asas Microsoft Word bagi penghasilan dokumen.
- NADI membantu beliau menggunakan laman “YouTube” dengan baik bagi mendapatkan panduan dan tutorial.
- NADI juga membantu beliau mempelajari Microsoft Publisher dengan betul.
- NADI juga mengajar beliau E-Pembelajaran seperti Kahoot IT, “Word Search Online”, “Jigsaw Puzzle Online” dan “Quizziz”.
USAHAWAN :-
Nama : Rozita Binti Ismail
Umur : 48 tahun
Ahli : 2016
Bentuk Perniagaan : Kelas Latihan Seni Silat Cekak Malaysia
LATAR BELAKANG
Beliau merupakan seorang jurulatih seni silat cekak yang bertauliah. Beliau menjalankan kelas latihan seni silat cekak bersama suaminya.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN NADI
Pn. Rozita hanya membuat promosi mengenai kelas latihan seni silat cekak di akaun “Whatsapp” miliknya sahaja. Selain itu, beliau hanya mempromosikan kelas latihan seni silat cekak dari rumah ke rumah sahaja.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN NADI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus NADI Kampung Jemapoh, beliau kini boleh mengiklankan kelas latihan seni silat cekak di dalam laman web terutamanya di myshop. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi info mengenai perkhidmatan yang diberi melalui iklan yang dimuat naik oleh Pn. Rozita.
APA YANG DIPELAJARI MELALUI NADI
- Mempelajari cara yang mudah dan pantas bagi mengiklankan kelas latihan seni silat cekak.
- Mempelajari cara untuk memuat naik gambar dan membuat iklan di laman web myshop.
- Mempelajari cara mempromosikan kelas latihan seni silat cekak di laman “facebook”.
- Dapat mempelajari cara-cara yang betul bagi memasarkan produk dalam laman web atas talian.
- Dapat mempelajari cara membuat akaun kewangan bagi kelas latihan seni silat cekak menggunakan Microsoft Excel.
BAGAIMANA PEDi MEMBANTU PERKEMBANGAN PERNIAGAAN/ PENINGKATAN TAHAP KEMAHIRAN ICT
- NADI membantu usahawan dalam menyediakan platform bagi pemasaran produk melalui pengenalan kepada laman web myshop.
- NADI dapat membantu terutamanya untuk memuat naik gambar ke dalam laman web myshop.
- Memberi kelas tambahan atau kelas-kelas ICT secara percuma kepada ahli berdaftar dan meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai teknologi pada masa kini.
- Butiran-butiran yang dimuat naik dalam laman web memberikan info yang sangat berguna kepada peserta dan membuatkan bilangan peserta bertambah untuk menyertai kelas latihan seni silat cekak yang dijalankan oleh Pn. Rozita.