USAHAWAN :-

 

Nama  : Rozita Binti Ismail

Umur  : 48 tahun

Ahli    : 2016

Bentuk Perniagaan  : Kelas Latihan Seni Silat Cekak Malaysia

 

LATAR BELAKANG

Beliau merupakan seorang jurulatih seni silat cekak yang bertauliah. Beliau menjalankan kelas latihan seni silat cekak bersama suaminya.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN NADI

Pn. Rozita hanya membuat promosi mengenai kelas latihan seni silat cekak di akaun “Whatsapp” miliknya sahaja. Selain itu, beliau hanya mempromosikan kelas latihan seni silat cekak dari rumah ke rumah sahaja.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN NADI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus NADI  Kampung Jemapoh, beliau kini boleh mengiklankan kelas latihan seni silat cekak di dalam laman web terutamanya di myshop.  Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi info mengenai perkhidmatan yang diberi melalui iklan yang dimuat naik oleh Pn. Rozita.

 

APA YANG DIPELAJARI MELALUI NADI

  • Mempelajari cara yang mudah dan pantas bagi mengiklankan kelas latihan seni silat cekak.
  • Mempelajari cara untuk memuat naik gambar dan membuat iklan di laman web myshop.
  • Mempelajari cara mempromosikan kelas latihan seni silat cekak di laman “facebook”.
  • Dapat mempelajari cara-cara yang betul bagi memasarkan produk dalam laman web atas talian.
  • Dapat mempelajari cara membuat akaun kewangan bagi kelas latihan seni silat cekak menggunakan Microsoft Excel.

 

BAGAIMANA PEDi MEMBANTU PERKEMBANGAN PERNIAGAAN/ PENINGKATAN TAHAP KEMAHIRAN ICT

  • NADI membantu usahawan dalam menyediakan platform bagi pemasaran produk melalui pengenalan kepada laman web myshop.
  • NADI dapat membantu terutamanya untuk memuat naik gambar ke dalam laman web myshop.
  • Memberi kelas tambahan atau kelas-kelas ICT secara percuma kepada ahli berdaftar dan meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai teknologi pada masa kini.
  • Butiran-butiran yang dimuat naik dalam laman web memberikan info yang sangat berguna kepada peserta dan membuatkan bilangan peserta bertambah untuk menyertai kelas latihan seni silat cekak yang dijalankan oleh Pn. Rozita.