Tarikh

: 09 April 2021

Masa

: 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Komuniti Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta lelaki berstatus warga emas. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara penggunaan akaun emel menerusi atas talian.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang tatacara penggunaan akaun emel secara atas talian. Pertama sekali, peserta mengelog masuk akaun emel terlebih dahulu di laman https://gmail.com. Peserta ingin membuat penghantaran maklumat kepada rakan sekerja menerusi akaun emel. Kemudian, peserta mengklik pada bahagian “compose” bagi menaip tajuk dan nama akaun penerima. Peserta juga memuatnaik dokumen pada butang “attach file” untuk dikirim kepada penerima. Setelah itu, peserta berjaya mengirimkan maklumat menerusi akaun emel secara atas talian.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 02 April 2021

Masa

: 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Komuniti Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta lelaki berstatus warga emas. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara membuat perbankan secara atas talian.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang tatacara membuat perbankan secara atas talian. Pertama sekali, peserta membuat pendaftaran akaun baru pada perbankan tersebut. Setelah itu, peserta membuat pemindahan wang kepada penerima serta membuat pembayaran bil-bil secara atas talian melalui perbankan dalam talian tersebut.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 15 Mac 2021

Masa

: 10.00 Pagi – 11.00 Pagi

Lokasi

: Pusat Internet Komuniti Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh seorang peserta wanita. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara menggunakan aplikasi whatsapp web pada komputer dengan tatacara yang betul.

 

Aktiviti

Petugas memberi sedikit penerangan kepada peserta tentang cara-cara menggunakan aplikasi whatsapp web menerusi komputer. Petugas menyarankan peserta menggunakan enjin carian Google untuk akses ke laman web https://whatsappweb.com. Seterusnya, petugas memberi tunjuk ajar peserta untuk membuka kotak “barcode” di aplikasi whatsapp menerusi telefon pintar. Kemudian, peserta diminta untuk mengimbas kotak “barcode” tersebut pada kod QR yang diberi. Akhir sekali, peserta berjaya mengakses aplikasi whatsapp web pada komputer. Aplikasi tersebut turut membantu peserta untuk berkomunikasi secara atas maya dengan lebih mudah dan jelas.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 19 Mac 2021

Masa

: 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Komuniti Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang wanita. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara menaip surat kirman rasmi menggunakan perisian Microsoft Word. Kelas ini juga turut membantu meningkatkan kemahiran menaip bagi golongan wanita dalam mengikuti arus teknologi maklumat masa kini.

 

Aktiviti

Petugas menerangkan kepada peserta mengenai format menaip surat kiriman rasmi dengan format yang betul. Selain itu, peserta didedahkan dengan setiap fungsi yang terdapat di papan kekunci bagi menaip surat. Seterusnya, peserta juga diminta untuk membuat latihan yang disediakan oleh petugas supaya peserta dapat menaip dengan baik dan pantas serta dapat menggunakan papan kekunci dengan lebih mahir.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 05 Mac 2021

Masa

: 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Komuniti Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh seorang peserta wanita. Tujuan kelas ini adalah memberi penerangan kepada peserta tentang cara-cara membuat permohonan TUNS 2021 (Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan) secara atas talian dengan prosedur yang tepat.

 

Aktiviti

Petugas menyampaikan penerangan kepada peserta tentang cara-cara membuat permohonan TUNS 2021 secara atas talian. Petugas menyarankan peserta menggunakan enjin carian Google untuk akses ke laman web https://tuns.com.my. Seterusnya, petugas meminta peserta membaca dan memahami manual pengisian borang terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kesilapan. Kemudian, peserta mengemaskini maklumat dalam borang pendaftaran baru secara atas talian. Selain itu, peserta juga memuat naik dokumen sokongan seperti yang diminta ke dalam permohonan tersebut. Akhirnya, peserta berjaya menghantar borang yang telah lengkap dikemaskini secara atas talian.

Gambar Disini