MENCARI MAKLUMAT, MENAIP PANTAS DAN MEMBUKA AKAUN GMAIL

Nama

: Siti Rahmah Binti Othman

Umur

: 67 tahun

Ahli

: 2016

Latar belakang

Beliau tinggal di daerah Kuala Pilah. Beliau hanya mempunyai pengetahuan asas sahaja mengenai ICT seperti penggunaan Whatsapp dan mempunyai kemahiran asas menaip. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Puan Siti Rahmah hanya mempelajari ICT secara asas dan mendapatkan bantuan daripada anak-anak beliau berkaitan hal ICT. Pengetahuan penggunaan komputer juga agak terhad semasa beliau bekerja dan kini apabila sudah bersara , beliau ingin meningkatkan kemahiran ICT dengan mengikuti kelas ICT yang dijalankan di NADI Kampung Jemapoh.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Kelas latihan ICT yang dijalankan di NADI banyak membantu beliau meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT. Beliau dapat memanfaatkan kemahiran ICT yang telah dipelajari dalam proses mendapatkan maklumat terkini berkaitan hal ehwal semasa. Beliau telah mampu menggunakan Microsoft Word dengan baik. Beliau juga dapat menggunakan internet dengan baik. Beliau juga mampu menggunakan komponan komputer dengan betul serta dapat memahami setiap fungsi komponen tersebut. Selain itu, beliau juga sudah pandai menggunakan komputer untuk tujuan menaip dengan pantas. Beliau juga telah pandai mengakses internet dengan betul seperti membuat akaun gmail dan membaca akhbar secara dalam talian