USAHAWAN KECIL SAGU GULA MELAKA

Nama

: ZURIANI BINTI ALIAS

Umur

: 34 tahun

Ahli

: 2016

Latar belakang

Puan Zuriani usahawan kecil sagu gula melaka di Taman Jemapoh Indah di daerah Kuala Pilah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Puan Zuriani membuat promosi secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk tempatan. Beliau hanya menjalankan perniagaan dari rumah ke rumah dan mempromosikan melalui aplikasi “Whatsapp”.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus NADI Kampung Jemapoh, beliau kini boleh mengiklankan produk sagu gula Melaka di dalam laman sosial terutamanya di “Facebook”. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi info mengenai produk sagu gula melaka melalui iklan yang dimuat naik secara dalam talian oleh Puan Zuriani. Selepas membuat promosi secara dalam talian, permintaan produk meningkat dari 30 unit ke 50 unit sehari.

 

 sagu-gula-melaka