USAHAWAN KECIL AYAM SEJUK BEKU

Nama

: Mohamad Azlan Bin Sulaiman

Umur

: 59 tahun

Ahli

: 2016

 Latar belakang

Beliau merupakan agen jual beli (dropship) bagi produk sejuk beku ayam halal. Beliau telah mula menjadi agen jual beli (dropship) bagi produk sejuk beku pada tahun 2015.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Encik Mohamad Azlan membuat promosi secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat. Selain itu, beliau hanya menjalankan perniagaan dari rumah ke rumah sahaja dan mengwar- warkan melalui akaun “Whatsapp” sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus NADI Kampung Jemapoh, beliau kini boleh mengiklankan produk sejul beku ayam halal di dalam laman web terutamanya di myshop. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi info mengenai produk yang ingin dijual melalui iklan yang dimuat naik oleh Encik Mohamad Azlan. Perniagaan Encik Mohamad Azlan juga semakin berkembang dan ramai pelanggan mengetahui mengenai produk tersebut hasil tunjuk ajar dan bimbingan khusus daripada pengurus dan penolong pengurus NADI Kampung Jemapoh. Laman web myshop merupakan salah satu aplikasi Dashboard Komuniti iaitu My Shop di mana NADI menyediakan platform bagi usahawan setempat mempromosikan produk mereka.