BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MICROSOFT OFFICE

Nama

: Norevanastasha Binti Johari

Umur

: 24 tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Beliau hanya mempunyai pengetahuan asas sahaja mengenai ICT seperti penggunaan Whatsapp dan mempunyai kemahiran asas menaip. Beliau ingin menguasai kemahiran ICT yang terkini kerana beliau meminati bidang ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Cik Norevanatasha hanya mempunyai pengetahuan yang asas mengenai bidang ICT. Pengetahuan penggunaan komputer juga agak terhad. Beliau juga ingin meningkatkan kemahiran menaip bagi memudahakan permohonan kerja kelak. Beliau ingin meningkatkan kemahiran ICT dengan mengikuti kelas ICT yang dijalankan di NADI Kampung Jemapoh.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Kelas latihan ICT yang dijalankan di NADI banyak membantu beliau meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT. Beliau dapat memanfaatkan kemahiran ICT yang telah dipelajari dalam proses mendapatkan maklumat terkini berkaitan hal ehwal semasa. Beliau telah mampu menggunakan perisian Microsoft Office dengan baik. Beliau juga dapat menggunakan internet dengan betul bagi mengakses maklumat di laman web. Beliau juga mampu menggunakan komponen komputer dengan betul serta dapat memahami setiap fungsi komponen tersebut. Selain itu, beliau juga sudah pandai menggunakan komputer untuk tujuan menaip dengan pantas. Beliau juga telah pandai mengakses internet dengan betul seperti membuat akaun gmail.