Tarikh

: 5 Oktober 2019

Masa

: 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Jemapoh

Peserta

: 10 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh 10 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk meningkatkan tahap pemahaman dan penguasaan peserta dalam subjek Bahasa Cina.

Aktiviti

Petugas mengajar peserta mengenali warna dalam Bahasa Cina. Peserta diajar cara sebutan dan penulisan mengenai warna dalam Bahasa Cina menggunakan paparan laman web di internet. Selain itu, peserta diberi tugasan menjawab soalan latihtubi subjek Bahasa Cina menggunakan aplikasi Quizziz. Sesi perbincangan dan penerangan jawapan turut diadakan.

 

Gambar Disini

Tarikh

: 3 Oktober 2019

Masa

: 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh usahawan pusat internet .Tujuan kelas ini diadakan untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta untuk mengakses internet bagi mendapatkan tutorial dan resepi masakan untuk tujaan perniagaan.

Aktiviti

Peserta diajar cara mengakses internet dengan betul. Peserta mengakses website bagi melihat tutorial masakan berkaitan daging goreng sambal. Peserta juga ingin mendapatkan resepi dan cara masakan yang betul bagi memenuhi tempahan yang diterima dari pelanggan. Peserta memuat resepi masakan tersebut untuk tujuan rujukan.

 

Gambar Disini

Tarikh

: 8 September 2019

Masa

: 10.30 Pagi – 12.30 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh seorang belia .Tujuan kelas ini diadakan untuk mengajar peserta mengakses maklumat di internet dengan betul.

 

Aktiviti

Peserta memgakses contoh karangan Bahasa Inggeris secara atas talian. Peserta menggunakan enjin carian Google untuk mendapatkan maklumat tersebut. Petugas mengajar peserta cara untuk menyalin karangan dalam Microsoft Word. Selain itu, peserta mencetak karangan yang telah siap.

 

Gambar Disini

Tarikh

: 14 September 2019

Masa

: 11.00 Pagi – 1.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Jemapoh

Peserta

: 10 orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 10 orang peserta pelajar sekolah rendah .Tujuan kelas ini diadakan untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta untuk membuat poster Hari Malaysia secara atas talian.

Aktiviti

Peserta membuat poster Hari Malaysia secara atas talian menggunakan laman web postermywall.com. Peserta memilih templat yang bersesuaian untuk membuat poster. Peserta juga menggunakan ikon yang ada bagi memasukkan tulisan dan gambar. Peserta memuat turun poster yang telah siap dihasilkan.

 

Gambar Disini

Tarikh

: 5 September 2019

Masa

: 10.30 Pagi – 12.30 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh seorang belia .Tujuan kelas ini diadakan untuk mengajar peserta menghasilkan resume secara atas talian.

Aktiviti

Peserta membuat resume menggunakan laman web canva.com. Peserta memilih templat yang bersesuaian untuk menghasilkan resume yang menarik. Peserta mengisi maklumat diri, latar belakang pendidikan dan pengalaman kerja pada resume. Peserta memuat turun resume yang telah siap.

 

Gambar Disini