Tarikh |
: 19 Januari 2020 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 01.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kemahiran di kalangan peserta agar menjadi pelajar yang berseni kreatif.
Aktiviti
Petugas memberi taklimat mengenai tatacara pembuatan tanglung kepada para peserta. Selain itu, petugas juga menayangkan video berkaitan panduan untuk menghasilkan tanglung menggunakan bahan kertas. Petugas memberi demonstrasi dalam pembuatan tanglung kepada para peserta. Seterusnya, peserta berpeluang menghasilkan tanglung kepunyaan masing-masing dengan menggunakan bahan yang telah disediakan oleh petugas. Akhir sekali, para peserta telah berjaya menghasilkan tanglung kepunyaan sendiri mengikut kreativiti masing-masing.