Tarikh |
: 20 Disember 2019 |
Masa |
: 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 20 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri seramai 20 orang pelajar sekolah rendah. Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan tunjuk ajar kepada peserta dalam bidang keusahawanan bagi cara-cara membuat choco jar.
Aktiviti
Kelas ini dipimpin oleh petugas Pusat Internet Kampung Jemapoh. Petugas memberi penerangan mengenai choco jar melalui paparan yang disediakan. Selain itu, petugas juga memberi tunjuk ajar cara- cara untuk menghasilkan choco jar dengan bahan-bahan yang diperlukan. Selain daripada itu, para peserta diberi peluang untuk mencuba menghasilkan choco jar kepunyaan masing-masing. Akhir sekali, para peserta dapat menghasilkan choco jar dengan jayanya hasil tunjuk ajar dari petugas.