Tarikh |
: 13 Disember 2019 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 01.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 15 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 15 orang pelajar sekolah rendah. Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan tunjuk ajar kepada peserta dalam bidang keusahawanan bagi langkah-langkah membuat kimbap.
Aktiviti
Kelas ini dipimpin oleh petugas Pusat Internet Kampung Jemapoh. Petugas memberi penerangan mengenai menu makanan utama di negara Korea iaitu Kimbap. Selain itu, petugas juga memberi tunjuk ajar cara- cara untuk menghasilkan kimbap dengan bahan-bahan yang telah disediakan. Selain daripada itu, para peserta diberi peluang untuk mencuba menghasilkan kimbap kepunyaan masing-masing. Akhir sekali, para peserta dapat menghasilkan kimbap dengan jayanya dari hasil tunjuk ajar oleh petugas.