Tarikh |
: 12 Mac 2020 |
Masa |
: 10.00 Pagi – 01.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Bengkel ini dihadiri oleh 10 orang petugas dari Perpustakaan Desa Negeri Sembilan bagi daerah Zon 2. Tujuan kelas ini adalah memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para peserta untuk membina video asas dan grafik secara atas talian di laman web www.powtoon.com.
Aktiviti
Petugas memberi taklimat dan memperkenalkan kepada peserta tentang laman web tersebut. Selain itu, petugas juga memberi demonstrasi mengenai tatacara mencipta video asas secara atas talian dalam laman web tersebut. Seterusnya, petugas memberi tunjuk ajar langkah-langkah yang tepat membina video tersebut yang membawa tajuk “Kepentingan Perpustakaan Desa”. Akhir sekali, peserta berjaya menghasilkan video mereka sendiri mengikut idea dan kreaiviti masing-masing.