Tarikh |
: 02 November 2020 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 01.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang pelajar dari institusi pengajian tinggi. Tujuan kelas adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai tatacara memuat turun imej dan teknik membuat pembentangan di perisian Microsoft Powerpoint.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada para peserta mengenai tatacara memuat turun imej menerusi enjin carian www.google.com.my secara atas talian. Selain itu, petugas juga memberi tunjuk ajar tentang cara-cara membuat pembentangan menggunakan perisian Microsoft Powerpoint. Seterusnya, peserta menyunting posisi gambar di perisian tersebut setelah memuat turun dari ejen carian Google. Setelah itu, peserta mengisi maklumat di ruangan slaid Microsoft Powerpoint sebagai pembentangan. Akhir sekali, peserta selesai memuat turun imej dari laman web Google dan berjaya menghasilkan suatu pembentangan yang menarik.