Tarikh |
: 12 Oktober 2020 |
Masa |
: 10.00 Pagi – 11.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh seorang pelajar dari institusi pengajian tinggi. Tujuan kelas ini adalah petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta tatacara menyertai kelas secara atas talian yang telah ditetapkan menerusi aplikasi video Cisco Webex Meeting.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta tatacara penggunaan aplikasi video tersebut. Seterusnya, peserta juga diminta untuk melayari laman web Google terlebih dahulu untuk mendaftar akaun di aplikasi Cisco Webex Meeting. Selepas itu, peserta mengisi maklumat diri pada akaun tersebut. Setelah itu, peserta mengelog masuk akaun bagi aplikasi video tersebut sebelum menyertai kelas secara atas talian. Akhirnya, peserta telah berjaya memasuki kelas secara atas talian yang disertai oleh pelajar dan tenaga pengajar mereka.