Tarikh |
: 21 November 2020 |
Masa |
: 10.00 Pagi – 11.00 Pagi |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta wanita. Tujuan kelas adalah memberi demonstrasi kepada peserta mengenai teknik menggunakan perbankan secara atas talian dengan tatacara yang tepat.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang tatacara penggunaan perbankan secara atas talian. Pertama sekali, peserta membuat pendaftaran akaun terlebih dahulu dalam perbankan secara atas talian. Seterusnya, peserta menggunakan perbankan dalam talian bagi urusan pembayaran serta pemindahan wang ke dalam akaun yang lain.