Tarikh

: 19 Februari 2021

Masa

: 3.00 Petang – 4.30 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Komuniti Kampung Jemapoh

Pelawat

: Delegasi MCMC & Usahawan PIK Kg Jemapoh

 

Tujuan

Lawatan tersebut dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi MCMC Negeri Sembilan iaitu :-

1. Encik Nizam Arshad (Ketua Pembangunan MCMC Negeri Sembilan)

2. Tuan Haji Roslan Mohamad (Pengarah Kanan, Bahagian Transformasi dan Koordinasi Negeri & Pejabat Pengurusan Program)

3. Encik Khairilnaim Othman (Pengarah, Pejabat MCMC Negeri Sembilan)

4. Encik Farquar Haqqani Fadhullah Suhaimi (Wakil Aeon Co (M) Sdn. Bhd.)

Tujuan lawatan tersebut adalah bagi perbincangan strategik berkenaan produk-produk usahawan PIK Kampung Jemapoh yang boleh diketengahkan bagi pemasaran komersil.

 

Aktiviti

Petugas PIK Kampung Jemapoh menyambut ketibaan delegasi MCMC dan wakil dari Aeon Co (M) Sdn.Bhd. di hadapan pintu Balairaya Kg Jemapoh. Seterusnya, delegasi MCMC melihat produk usahawan dan pembetangan oleh usahawan kepada wakil Aeon Co (M) Sdn. Bhd. mengenai produk yang dihasilkan. Antara usahawan yang terlibat adalah :-

1. Raja Azizul Azni (Pes Char Kuey Teow Abg Raja)

2. Nur Syazwani Mohd Rozi (Pengedar Produk Sawanah Kuala Pilah)

3. Mohd Ismail Haron (Kraf Rotan Perabot Rotan Jaya)

4. Raudhah (Jemapoh Pizza Kayu Api)

Setelah itu, petugas PIK mengiringi delegasi ke Pusat Internet untuk melihat fasiliti dan kemudahan yang tersedia. Kemudian, petugas PIK memberi pembentangan kepada delegasi tentang fungsi serta peranan PIK dalam pembangunan usahawan PIK. Akhir sekali, sesi bergambar dan penyampaian cenderahati PIK kepada VIP serta aktiviti tanda buku pelawat oleh VIP juga diadakan sebelum majlis bersurai.

Gambar Disini