Tarikh |
: 03 Mac 2021 |
Masa |
: 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Komuniti Kampung Jemapoh |
Pelawat |
: 2 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh dua orang peserta wanita. Tujuan kelas ini adalah membantu peserta tentang cara-cara membuat pendaftaran tahun satu bagi pengambilan tahun 2022 secara atas talian dengan cara yang tepat.
Aktiviti
Petugas menyampaikan sedikit penerangan kepada peserta tentang cara-cara membuat pendaftaran tahun satu bagi pengambilan tahun 2022. Petugas menyarankan peserta menggunakan enjin carian Google untuk akses ke laman web https://public.moe.gov.my. Seterusnya, petugas meminta peserta membaca dan memahami manual pengisian borang terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kesilapan. Kemudian, peserta mengemaskini maklumat dalam borang pendaftaran secara atas talian. Akhirnya, peserta menghantar borang yang telah lengkap dikemaskini secara atas talian serta memuat turun borang tersebut bagi tujuan pengesahan yang akan diserahkan pada pihak sekolah.