Tarikh |
: 01 Februari 2021 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Komuniti Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta yang bergelar usahawan. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara cara menggunakan perisian Microsoft Office Word. Kelas ini juga turut membantu meningkatkan kemahiran menaip bagi golongan usahawan dalam mengikuti arus teknologi maklumat masa kini.
Aktiviti
Petugas menerangkan kepada peserta mengenai format menaip surat kiriman rasmi dengan format yang betul. Selain itu, peserta didedahkan dengan setiap fungsi yang terdapat dalam perisian Microsoft Office Word bagi membuat surat rasmi. Seterusnya, peserta juga diminta untuk membuat latihan yang disediakan oleh petugas supaya peserta dapat menaip dengan baik dan pantas serta dapat menggunakan papan kekunci dengan lebih mahir.