Tarikh |
: 19 Januari 2021 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Komuniti Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta berstatus OKU (Orang Kurang Upaya). Tujuan kelas ini adalah memberi penerangan kepada peserta tentang cara-cara membuat kemaskini akaun baru bagi permohonan BPR (Bantuan Prihatin Rakyat) secara atas talian.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang cara-cara membuat kemaskini akaun bagi permohonan BPR. Pertama sekali, peserta diminta untuk melayari laman web www.bpr.hasil.gov.my di carian Google. Setelah itu, peserta mengelog masuk pada akaun BPR dan membuat kemaskini maklumat yang baharu. Peserta juga berjaya menghantar permohonan BPR secara atas talian. Selain itu, peserta turut meminta petugas untuk mencetak borang BPR sebagai simpanan peserta untuk masa akan datang.