USAHAWAN PRODUK KECANTIKAN (AGEN PRODUK BIRDNEST ESSENCE)

Nama

: Zuriani Binti Alias

Umur

: 36 tahun

Ahli

: 2016

 

Latar belakang

Beliau merupakan agen produk kecantikan Birdnest Essence. Beliau mula menjalankan perniagaan tersebut pada bulan Januari 2019.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Puan Zuriani membuat promosi secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat. Selain itu, beliau hanya menjalankan perniagaan dari rumah ke rumah sahaja dan mengwar- warkan melalui akaun “Whatsapp” sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus NADI Kampung Jemapoh, beliau kini boleh mengiklankan produk kecantikan birdnest essence di dalam laman sosial terutamanya di “Facebook”. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi info mengenai produk yang ingin dijual melalui iklan yang dimuat naik oleh Puan Zuriani di dalam laman sosial “Facebook”. Perniagaan Puan Zuriani juga semakin berkembang dan ramai pelanggan mengetahui mengenai produk tersebut di “Facebook” hasil tunjuk ajar dan bimbingan khusus daripada pengurus dan penolong pengurus NADI Kampung Jemapoh. Selepas membuat promosi secara dalam talian, permintaan terhadap produk birdnest essence juga bertambah. Puan Zuriani kini telah mampu menjual 10 unit produk sehari berbanding 3 unit produk sebelum ini.