USAHAWAN PRODUK MAKANAN SEJUKBEKU (POPIA CARBONARA)

Nama

Norashereen Binti Mohamad Noor

Umur

: 27 tahun

Ahli

: 2016

 

Latar belakang

Beliau menjalankan perniagaan secara dalam talian dengan menjual makanan sejukbeku popia carbonara bermula Jun 2019.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Puan Norashereen membuat promosi secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat. Selain itu,beliau hanya menjalankan perniagaan dari rumah ke rumah sahaja dan mengwar- warkan melalui akaun Whatsapp sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus NADI Kampung Jemapoh, beliau kini boleh mengiklankan produk makanan sejukbeku popia carbonara di laman sosial terutamanya di Facebook. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi info mengenai produk yang ingin dijual melalui iklan yang dimuat naik oleh Puan Norashereen di laman sosial Facebook. Perniagaan Puan Norashereen juga semakin berkembang dan ramai pelanggan mengetahui mengenai produk tersebut di Facebook hasil tunjuk ajar dan bimbingan khusus daripada pengurus dan penolong pengurus NADI Kampung Jemapoh.