AKSES LAMAN WEB, MENAIP PANTAS DAN KELAS PEMBELAJARAN MENERUSI APLIKASI ZOOM

Nama

: Balqis Binti Efendi

Umur

: 11 tahun

Ahli

: 2020

 

Latar belakang

Balqis merupakan seorang pelajar tahun lima. Beliau hanya mempunyai pengetahuan asas sahaja mengenai ICT. Tetapi beliau mempunyai minat yang mendalam terhadap ICT dan ingin menguasai kemahiran ICT yang terkini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Balqis hanya mempelajari ICT di sekolah. Beliau hanya tahu menggunakan komputer secara asas contohnya seperti melihat video di laman youtube.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui kelas latihan ICT yang dijalankan di NADI beliau dapat meningkatakan kemahiran ICT. Beliau dapat mengakses laman web pembelajaran bagi mendapatkan soalan- soalan peperiksaan. Beliau juga menggunakan komponen komputer dengan betul serta dapat memahami setiap fungsi komponen tersebut. Selain itu, beliau juga sudah pandai menggunakan komputer untuk tujuan menaip, belajar mewarna dan melukis melalui aplikasi “Paint”. Beliau juga telah pandai mengakses internet dengan betul seperti membuat akaun emel. Beliau juga mengikuti setiap kelas e-pembelajaran di NADI bagi meningkatkan prestasi akademiknya.