Tarikh |
: 9 Julai 2019 |
Masa |
: 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh seorang belia .Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar penghasilan label produk yang menarik.
Aktiviti
Petugas menerangkan tatacara untuk menghasilkan label produk kepada peserta. Petugas memberi penerangan cara membuat label produk kepada peserta. Peserta memuat turun gambar untuk membuat label produk. Peserta memilih tulisan dan bentuk yang sesuai untuk menghasilkan label produk yang menarik.
Tarikh |
: 4 Julai 2019 |
Masa |
: 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh seorang belia .Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan mengenai asas pembangunan laman web (blog) melalui laman web https://wordpress.com
Aktiviti
Petugas menerangkan tatacara untuk menghasilkan blog kepada peserta. Petugas memberi penerangan cara membuat akaun bagi penghasilan blog. Peserta melengkapkan pendaftaran akaun bagi membuat blog dan melengkapkan maklumat profil bagi blog yang ingin dibangunkan. Peserta menulis artikel dalam blog yang telah dibangunkan.
Tarikh |
: 12 Jun 2019 |
Masa |
: 10.00 pagi – 12.00 tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh seorang peserta yang berumur 21 tahun yang merupakan seorang usahawan gubahan seni tangan kreatif (gubahan bunga, coklat dan hantaran). Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pengenalan kepada usahawan mengenai laman web “My Shop”.
Aktiviti
Petugas menerangkan mengenai cara penggunaan aplikasi “My Shop” kepada peserta. Petugas juga menerangkan cara-cara untuk mendaftarkan diri di akaun “My Shop”. Selain itu, peserta juga diajar cara-cara untuk memuat naik gambar produk di “My Shop” bagi membolehkan usahawan memasarkan produknya dengan lebih meluas lagi.
Tarikh |
: 15 Jun 2019 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 1.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 10 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah .Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai aplikasi membuat kad ucapan secara atas talian melalui laman web https://postermywall.com.
Aktiviti
Petugas menerangkan cara-cara cara untuk menggunakan aplikasi tersebut dengan jelas. Petugas memberi penerangan mengenai ikon ikon yang menarik bagi menghasilkan kad ucapan mengikut tema Hari bapa. Seterusnya, peserta menghasilkan kad ucapan masing-masing dengan menggunakan aplikasi tersebut dengan tema “Selamat Hari Bapa” dengan jayanya.
Tarikh |
: 1 Jun 2019 |
Masa |
: 11.00 pagi –12.00 tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 Orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan untuk meningkatkan tahap penguasaan matapelajaran pendidikan islam para peserta terutama mengenai bab puasa.
Aktiviti
Peserta menjawab soalan kuiz yang disediakan menggunakan aplikasi quizziz. Antara soalan yang yang dijawab oleh peserta ialah mengenai rukun puasa, perkara membatalkan puasa dan amalan sunat dalam bulan ramadhan.