Tarikh |
: 15 Disember 2020 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Komuniti Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang wanita. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara membuat kemaskini maklumat pada akaun baru SPA9i.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada peserta mengenai tatacara membuat kemaskini maklumat pada akaun baru SPA9i. Pertama sekali, peserta mendaftar masuk akaun baru di www.spa9i.com.my. Setelah itu, peserta mengisi maklumat pada butiran peribadi dan akademik. Kemudian, peserta juga mengemaskini bagi permohonan jawatan yang baharu. Akhir sekali, peserta mengklik pada butang simpan setelah selesai mengemaskini maklumat baharu pada akaun tersebut.