Tarikh |
: 05 Mac 2021 |
Masa |
: 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Komuniti Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh seorang peserta wanita. Tujuan kelas ini adalah memberi penerangan kepada peserta tentang cara-cara membuat permohonan TUNS 2021 (Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan) secara atas talian dengan prosedur yang tepat.
Aktiviti
Petugas menyampaikan penerangan kepada peserta tentang cara-cara membuat permohonan TUNS 2021 secara atas talian. Petugas menyarankan peserta menggunakan enjin carian Google untuk akses ke laman web https://tuns.com.my. Seterusnya, petugas meminta peserta membaca dan memahami manual pengisian borang terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kesilapan. Kemudian, peserta mengemaskini maklumat dalam borang pendaftaran baru secara atas talian. Selain itu, peserta juga memuat naik dokumen sokongan seperti yang diminta ke dalam permohonan tersebut. Akhirnya, peserta berjaya menghantar borang yang telah lengkap dikemaskini secara atas talian.