Tarikh

: 16 Ogos 2023

Masa

: 03.00 Petang – 04.00 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta. Tujuan kelas ini adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang tatacara membuat facebook story dan reels bagi mempromosikan produk perniagaan

 

Aktiviti

Peserta mengakses akaun facebook.. Peserta klik pada pilihan ‘create story’ yang tertera pada bar menu. Peserta turut mengisi info perniagaan dan memuat naik gambar produk perniagaan bagi membuat facebook story. Peserta juga memuat naik video mengenai produk bagi membuat reels di facebook.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 10 Ogos 2023

Masa

: 03.00 Petang – 04.00 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta wanita. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang tatacara membuat pembayaran cukai taksiran dengan menggunakan cara yang betul.

 

Aktiviti

Peserta diberi tunjuk ajar tentang cara-cara membuat pembayaran cukai taksiran secara atas talian dengan menggunakan aplikasi PBTPay. Pertama sekali, peserta melayari pautan https://pbtpay.kpkt.gov.my/ untuk membuat pembayaran. Setelah itu, peserta membuat pendaftaran akaun pengguna yang baharu dan log masuk kepada akaun tersebut. Selepas daripada itu, peserta menyemak maklumat cukai taksiran dan membuat pembayaran melalui perbankan atas talian. Peserta turut memuat turun resit pembayaran untuk simpanan sendiri bagi rujukan kelak.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 08 Ogos 2023

Masa

: 10.30 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Latihan menerusi atas talian ini telah dihadiri oleh seorang peserta belia wanita. Tujuan kelas ini adalah membantu peserta untuk mempelajari cara-cara membuat video resume dengan menggunakan kaedah yang betul..

 

Aktiviti

Peserta mengikuti sesi latihan tersebut secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Zoom menerusi pautan https://zoom.us/. Selain daripada itu, peserta diberi penerangan dan demonstrasi mengenai tips membuat video resume. Selain itu, peserta turut didedahkan tentang aplikasi yang boleh digunakan untuk membuat suntingan video resume.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 09 Ogos 2023

Masa

: 10.30 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Latihan menerusi atas talian ini telah dihadiri oleh seorang peserta wanita yang berusia warga emas. Tujuan latihan ini adalah memberi pendedahan peserta untuk mempelajari tentang tatacara membuat pertanian secara pintar dengan menggunakan kaedah yang betul.

 

Aktiviti

Peserta mengikuti sesi latihan tersebut secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Zoom menerusi pautan https://zoom.us/. Selain itu, peserta diberi pengenalan tentang pertanian secara pintar dan risiko yang perlu dihadapi bagi menjalankan projek pertanian secara pintar ini. Selain daripada itu, peserta turut diberi infomarsi tentang kebaikan pertanian secara pintar dan cara-cara untuk menjalankan projek pertanian pintar secara komersial. Peserta juga didedahkan dengan pengetahuan mengenai IOT bahawa ianya juga penting dalam menjalankan projek pertanian secara pintar.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 07 Ogos 2023

Masa

: 10.30 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Latihan menerusi atas talian ini telah dihadiri oleh seorang peserta wanita. Tujuan kelas ini adalah memberi pendedahan kepada peserta tentang tips pengurusan sumber manusia.

 

Aktiviti

Peserta mengikuti sesi latihan tersebut secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Zoom menerusi pautan https://zoom.us/. Selain daripada itu, peserta diberi penerangan mengenai tips pengurusan sumber manusia dalam sebuah syarikat atau organisasi. Selain itu, peserta turut didedahkan tentang akta-akta dalam pengurusan sumber manusia. Peserta juga dapat pengetahuan tentang tanggungjawab sebagai majikan terhadap para pekerjanya dalam suatu syarikat atau organisasi.

Gambar Disini