Tarikh |
: 06 Ogos 2023 |
Masa |
: 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh para peserta yang dikategorikan pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah memberi pembelajaran kepada peserta tentang penyusunan coding secara atas talian.
Aktiviti
Petugas memberi pengenalan dan tunjuk ajar kepada peserta tentang tatacara membuat penyusunan coding menerusi komputer dengan menggunakan prosedur yang betul. Pertama sekali, peserta diminta untuk mengakses ke laman web latihan coding menerusi pautanhttps://code.org/. Seterusnya, peserta diperkenalkan elemen-elemen yang terdapat pada laman coding tersebut. Ianya terdapat tiga elemen antaranya ialah “Play Space, Tool Box dan Workspace”. Kemudian, peserta diajar untuk menyusun blok-blok yang telah disediakan. Pelajar juga mendapat penguasaan dan kemahiran baru dalam menyusun blok coding dengan menggunakan komputer.
Tarikh |
: 05 Ogos 2023 |
Masa |
: 02.00 Petang – 03.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh beberapa peserta dari kalangan pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah peserta dapat meningkatkan pengetahuan tentang Hari Kemerdekaan dengan menjawab menerusi laman web Live Worksheets secara atas talian.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada para peserta tentang tatacara menjawab kuiz menerusi atas talian dengan betul. Selain itu, para peserta mengakses ke laman web https://www.liveworksheets.com/ bagi menjawab kuiz kemerdekaan. Setelah itu, peserta dikehendaki untuk menjawab soalan kuiz dengan pemantauan petugas. Kemudian, petugas membuat perbincangan jawapan bersama para peserta.
Tarikh |
: 04 Ogos 2023 |
Masa |
: 03.00 Petang– 05.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang usahawan lelaki. Tujuan kelas ini adalah memberi demonstrasi kepada peserta tentang cara-cara membuat pembaharuan lesen perniagaan (SSM) di portal rasmi EzBiz secara atas talian.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang cara-cara membuat pembaharuan lesen perniagaan (SSM) di portal rasmi EzBiz dengan mengikuti prosedur yang betul. Pertama sekali, peserta diminta untuk mendaftar akaun sebagai pengguna dengan melayari portal https://ezbiz.ssm.com.my/. Seterusnya, peserta mengelog masuk akaun tersebut serta membuat permohonan pendaftaran perniagaan yang baharu. Selain itu, peserta juga membuat perbankan secara atas talian setelah mengisi maklumat perniagaan. Akhirnya, pendaftaran lesen perniagaan yang baharu telah berjaya dibuat oleh peserta tersebut.
Tarikh |
: 05 Ogos 2023 |
Masa |
: 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh beberapa peserta dari kalangan pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah peserta dapat mempelajari dalam reka cipta poster bertemakan Hari Kemerdekaan yang menarik dengan menggunakan aplikasi Canva.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada para peserta tentang tatacara menghasilkan poster bertemakan Hari Kemerdekaan menerusi aplikasi Canva dengan menggunakan cara-cara yang betul. Pertama sekali, peserta mengakses ke laman web Canva menggunakan pautan https://www.canva.com/. Setelah itu, peserta log masuk ke akaun dan membuat pilihan templat poster untuk digunakan. Selain daripada itu, peserta diberi tunjuk ajar oleh petugas cara-cara untuk menggunakan ikon yang telah diberi. Kemudian, peserta memilih gambar, elemen animasi teks tulisan yang menarik serta reka bentuk yang bersesuaian untuk digunakan dalam templat poster berkenaan. Akhir sekali, para peserta berjaya menghasilkan poster Hari Kemerdekaan yang kreatif.
Tarikh |
: 02 Ogos 2023 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta wanita. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara membuat set semula kata laluan bagi akaun portal rasmi idME menerusi atas talian.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang tatacara set semula kata laluan bagi akaun portal rasmi idME dengan mengikuti langkah-langkah yang betul. Selain itu, peserta melayari pautan https://idme.moe.gov.my/login untuk set semula kata laluan. Peserta klik pada butang “Lupa Kata Laluan” dan alamat e-mel yang sah di medan yang disediakan. Selain daripada itu, peserta masukkan captcha bertulis di ruangan yang disediakan dan klik butang “Hantar Tetapan”. Peserta juga menerima e-mel untuk penetapan semula kata laluan. Kemudian, peserta berjaya log masuk dengan kata laluan baharu pada akaun laman rasmi idME.