Tarikh |
: 12 Oktober 2023 |
Masa |
: 03.00 Petang – 05.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta. Tujuan kelas ini adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang tatacara membuat akaun perniagaan yang kemas dan teratur
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang tatacara membuat akaun perniagaan menggunakan perisian Microsoft Excel. Peserta diminta untuk membuat draf akaun perniagaan terlebih dahulu. Peserta diajar cara membuat cara mengisi laju dan baris di Microsoft Excel. Peserta mengisi maklumat yang perlu ada dalam akaun perniagaan bagi tempoh satu bulan, Peserta mencetak akaun perniagaan yang telah lengkap. Peserta dapat menghasilkan akaun perniagaan yang kemas dan teratur.
Tarikh |
: 11 Oktober 2023 |
Masa |
: 02.00 Petang – 03.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang usahawan wanita. Tujuan kelas ini adalah memberi demonstrasi kepada peserta tentang cara-cara membuat penambahan produk di aplikasi Shopee untuk dijual secara atas talian.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara membuat penambahan produk baharu di akaun Shopee untuk dikomersialkan menerusi atas talian. Pertama sekali, peserta log masuk ke akaun Shopee dan membuat pengesahan verifikasi melalui Barkod QR. Setelah itu, peserta klik pada “Seller Centre” dan menambah produk yang ingin dijual. Peserta juga melengkapkan informasi produk, spesifikasi produk, informasi penjualan serta informasi pengiriman. Akhir sekali, peserta berjaya membuat penambahan produk di aplikasi Shopee secara atas talian dengan menggunakan tatacara yang betul.
Tarikh |
: 08 Oktober 2023 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh peserta-peserta di kalangan pelajar sekolah menengah. Tujuan kelas ini adalah memberi pembelajaran kepada para peserta untuk mengenali permainan logik kejuruteraan (Electrio) menerusi atas talian.
Aktiviti
Petugas memberi demonstrasi tentang tatacara bermain aplikasi Electrio secara atas talian. Peserta perlu menyambungkan cas positif dan negatif untuk membuat litar tertutup. Peserta mesti menghubungkan kedua-dua supaya ia bersilih ganti seperti positif, negatif, positif dan seterusnya. Peserta juga menyambungkan sahaja caj bertetangan. Permainan Electrio akan semakin mencabar mengikut peringkat seterusnya bagi yang melepasinya.
Tarikh |
: 09 Oktober 2023 |
Masa |
: 04.00 Petang – 05.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta wanita. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara membuat semakan keputusan tahun satu sesi 2023/2024 menerusi atas talian dengan cara yang betul.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang tatacara membuat semakan keputusan tahun satu sesi 2023/2024. Selain itu, peserta melayari pautan https://idme.moe.gov.my/login untuk log masuk akaun. Setelah itu, peserta memasuki nombor kad pengenalan dan kata laluan untuk log masuk kepada akaun. Seterusnya, peserta membuat pengesahan penempatan serta memuat turun borang tawaran dan borang pengesahan untuk membuat cetakan.
Tarikh |
: 08 Oktober 2023 |
Masa |
: 09.00 Pagi – 10.00 Pagi |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh peserta-peserta di kalangan pelajar sekolah menengah. Tujuan kelas ini adalah memberi pengenalan kepada para peserta untuk mempelajari tentang pembentukan ion positif dan ion positif mengikut teori.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan dan demonstrasi tentang pembentukan ion positif dan ion negatif mengikut teori. Petugas memaparkan tayangan video tentang pembelajaran tersebut. Peserta mendapatkan pemahaman lebih terperinci dari petugas. Petugas juga mengadakn sesi perbincangan jawapan bersama peserta.