Tarikh |
: 15 Julai 2023 |
Masa |
: 04.00 Petang – 05.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh 10 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Melayu para peserta.
Aktiviti
Para peserta melayari laman web wordwall.com. Peserta membuat latihan tatabahasa mengenai tajuk simpulan bahasa dan penjodoh bilangan. Perbincangan jawapan bersama para peserta turut dilakukan.
Tarikh |
: 15 Julai 2023 |
Masa |
:11.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh peserta-peserta di kalangan pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah untuk memberi penerangan mengenai tajuk pengelasan benda hidup.
Aktiviti
Petugas menerangkan mengenai ciri-ciri benda hidup. Para peserta perlu membezakan antara benda hidup dan benda bukan hidup, Para peserta menjawab soalan kuiz di aplikasi wordwall. Sesi perbincangan jawapan bersama peserta turut dilakukan.
Tarikh |
: 12 Julai 2023 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 12.30 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta. Tujuan kelas ini adalah untuk memberi penerangan mengenai pertanian pintar.
Aktiviti
Peserta diberi penerangan mengenai maksud pertanian pintar dan cabaran yang ada bagi menjalankan projek pertanian pintar. Peserta juga turut mengetahui kebaikan pertanian pintar dan cara untuk menjalankan pertanian pintar secara komersial. Pengetahuan mengenai IOT juga penting dalam menjalankan pertanian pintar.
Tarikh |
: 14 Julai 2023 |
Masa |
: 03.30 Petang – 04.30 Petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh 10 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah untuk memperkenalkan permainan mencari perkataan secara dalam talian.
Aktiviti
Para peserta melayari laman web wordserach.com. Peserta bermain permainan word search mengikut tema yang diarahkan oleh petugas. Para peserta cuba bermain sepantas yang boleh bagi mencatatkan masa yang terbaik.
Tarikh |
: 09 Julai 2023 |
Masa |
: 03.00 Petang – 04.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh 10 orang pelajar sekolah menengah. Tujuan kelas ini adalah untuk memberi tunjuk tatacara penggunaan google images dan Microsoft Word.
Aktiviti
Para peserta diajar cara mencai gambar di google images dan cara memuat turun gambar tersebut dengan betul. Petugas juga mengajar para peserta cara memuat naik gambar ke Microsoft word bagi tujuan untuk cetakan. Peserta menggunakan ikon “Insert Pictures” bagi memuatnaik gambar, Peserta mencetak gambar tersebut.